Tuesday, November 14, 2017

Cara Mudah Buka WhatsApp Melalui Laptop

cara mudah buka whatsapp melalui laptop
Buka whatsapp di laptop? Boleh ke buka whatsapp melalui laptop sahaja? 

Haaa jangan tak tahu sebenarnya kita juga boleh membuka whatsapp melalui laptop. So, mudah la kalau tak mahu pegang banyak-banyak benda di tangan kan? 

Mana nak menaip di laptop, mana nak layan whatsapp customer di telefon lagi.. So, sangat mudah bila boleh buka whatsapp melalui laptop ini. 

Macam mana yer caranya? Tak tahu cara nak buat? Mudah saja sebenarnya.. Jom follow entry saya ini.. 

Apakah kelebihan buka whatsapp melalui laptop? 


Bagi saya, ada beberapa kelebihan bila dapat buka whatsapp hanya melalui telefon. Antaranya:
  •  Menjimatkan masa
  •  Lebih fokus untuk menyelesaikan satu kerja. Tidaklah    sekejap tengok laptop, sekejap tengok telefon
  •  Sementara buka whatsapp melalui laptop, kita boleh caj  dahulu telefon
  •  Bagi yang berbisnes, anda boleh layan customer anda    lebih cepat. So, meningkatkan kualiti servis anda.

Itu lah antara kelebihan serba sedikit bukak whatsapp melalui laptop. 

Bagaimanakah cara untuk membuka whatsapp melalui telefon ini? 


Cara bukak whatsapp melalui laptop sangat-sangat lah mudah. Bagaimana caranya? Anda ikuti step mudah berikut okey..

cara mudah buka whatsapp melalui laptop

1. Taip https://web.whatsapp.com di laptop anda. Anda akan lihat view seperti gambar di atas.

Kemudian,

cara mudah buka whatsapp melalui laptop

2. Ambil telefon anda, buka whatsapp anda dan klik pada 3 titik di bahagian kanan belah atas whatsapp anda, cari WhatsApp Web seperti gambar di atas dan klik WhatsApp Web tersebut.

cara mudah buka whatsapp melalui laptop

3. Selepas anda klik pada WhatsApp Web, akan keluar skrin hitam seperti gambar di atas.

cara mudah buka whatsapp melalui laptop

4. Kemudian, snap gambar barcode yang muncul di papan skrin laptop anda tadi. Snap sehingga keluar paparan WhatsApp anda.

Settle! 

Mudah saja kan? So, lepas ni anda semua boleh dah la menggunakan laptop untuk buka WhatsApp okey..

Selamat mencuba! 

Tips mudah,
Hafizah | Founder Fantastic Legacy
Shaklee Business Leader

1 comment:

  1. Saya selesa lagi Guna hand phone..

    Lagipun laptop saya dah uzur..

    ReplyDelete