Sunday, April 29, 2018

ESP Shaklee : Bagaimana ia Membantu Anda Kekal Bertenaga ketika Berpuasa?

Kurang bertenaga, rasa lemau, lemah dan lembik badan ketika berpuasa merupakan perkara biasa yang sering terjadi terutamanya ketika Ramadan.

Adakah ia berkait dengan pengambilan makanan harian kita ketika bersahur dan berbuka? Jawapannya, Ya! 

Pengambilan makanan yang tidak mencukupi dari segi nutrisi dan zat makanan boleh mempengaruhi situasi tubuh kita sepanjang berpuasa. 

Bagaimanakah ianya boleh terjadi?

Puasa Ramadan yang disyariatkan oleh Allah swt kepada para Nabi dan seluruh umat Muhammad tersirat pelbagai manfaat dan kelebihan buat manusia keseluruhannya termasuklah manfaat kepada tubuh badan selain daripada ibadah mengumpul pahala dan ganjaran dariNya. 

Apakah Kelebihan Puasa kepada Tubuh Badan?


Antara kelebihan puasa kepada tubuh badan adalah seperti berikut :
  1.  Menyokong kesihatan kardiovaskular dan jantung
  2.  Mengurangkan tahap gula dalam darah
  3.  Memperbaiki proses kitar semula sel
  4.  Meningkatkan metabolisme badan
  5.  Membantu proses pencernaan yang lebih baik
  6.  Merehatkan perut dan memelihara usus

Ini hanyalah sebahagian daripada manfaat berpuasa kepada tubuh badan manusia. 

Namun, puasa juga kita tidak boleh lari daripada rasa letih, kurang bertenaga, lemah tubuh badan, lemau, tidak bermaya dan sebagainya. 

Apatah lagi apabila berpuasa ketika hamil dan menyusu badan bagi wanita. 

Malah, orang yang mempunyai masalah kesihatan juga mempengaruhi keadaan mereka ketika berpuasa. 

Adakah cara untuk meningkatkan tenaga ketika puasa?


Terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan tubuh kekal bertenaga ketika berpuasa. Antara caranya adalah seperti berikut : 

  1. Minum banyak air terutamanya air kosong ketika bersahur dan berbuka
  2. Pastikan mendapat rehat dan tidur yang mencukupi
  3. Makan makanan yang sihat dan berkhasiat ketika bersahur

Ya, pengambilan makanan yang berkhasiat juga bakal mempengaruhi tenaga anda ketika berpuasa. 

Selain daripada cara di atas, anda boleh menjadikan pengambilan Energizing Soy Protein (ES) Shaklee ini sebagai menu sahur yang menyihatkan dan memberi tenaga.


Mengapakah ESP ini berupaya membantu memberikan tenaga ketika berpuasa?


ESP merupakan sumber protein non-GMO yang dihasilkan daripada protein tumbuhan iaitu kacang soya. 

Ia mempunyai kadar indeks glisemik yang rendah iaitu 39 bertepatan dengan carta seperti berikut :


Mengapakah kadar indeks glisemik yang rendah ini boleh mempengaruhi tenaga anda sepanjang berpuasa? 


Mari kita lihat terlebih dahulu tentang keperluan memilih makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah ini. 


Berdasarkan info di atas, ia memberi maksud bahawa makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah :
  1. Mampu membekalkan tenaga secara sedikit demi sedikit ke dalam tubuh
  2. Memberikan rasa kenyang lebih lama 
  3. Kurang rasa untuk makan lagi dan lagi

Tambahan pula, setiap 850 gram ESP (1 bekas ESP) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya yang mampu memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Malah, bagi anda ibu-ibu menyusu dan hamil, ianya juga sangat sesuai diambil sebagai minuman tenaga ketika anda berpuasa. 

Ini kerana, ibu hamil dan menyusu memerlukan keperluan makanan extra dari biasa untuk menampung keperluan ibu dan anak.

Pesakit diabetes atau ibu hamil yang mempunyai diabetes juga sangat sesuai mengambil ESP ini atas sebab indeks glisemiknya yang rendah tadi. 

Bagaimanakah cara untuk membuat order?


Anda boleh terus menghubungi saya di talian berikut untuk membuat sebarang tempahan :

019-3405054
Pn. Hafizah
Pengedar Shaklee Klang
 



No comments:

Post a Comment