Menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bukanlah satu tugas yang mudah. Saya yakin dan percaya semua ibu mengimpikan untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Namun, kadangkala beberapa sebab dan faktor tertentu yang menjadi penghalang seseorang itu tidak dapat menyusukan ibu sepenuhnya. Mungkin anda juga sedang menanti cahaya mata. Mungkin juga sedang berfikir-fikir samada ingin memulakan penyusuan sepenuhnya atau memilih susu formula sebagai pilihan anda. Hari ni nak berkongsi dengan kawan-kawan semua mengapa saya sangat suka memilih penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk anak saya.
Alhamdulillah, saya mendapat susu sepenuhnya susu ibu dari ibu saya selama 2 tahun. Dan alhamdulillah juga saya dapat menyusukan anak kami, Nur Hanan sehingga 2 tahun. Malah lebih lagi.. Walaupun saya tidak nafikan saya juga melalui saat sukar untuk memastikan Hanan dapat susu ibu sepenuhnya, pelbagai cabaran dan dugaan dilalui, namun syukur dapat juga melaluinya dengan jayanya.
Walaupun ada yang mengatakan redah jela bagi susu ibu kat anak ni. Tetapi, saya beranggapan bahawa hakikatnya situasi pada masa kini memerlukan para ibu menggali segala info terlebih dahulu berkaitan penyusuan susu ibu sebelum kelahiran bayi.
Andai ibu tidak mempunyai pendedahan awal tentang kepentingan susu ibu sepenuhnya, tidak mustahil apabila cabaran melanda ketika penyusuan, ibu akan cepat putus asa sekaligus terus memilih memberikan anak susu formula. Tentunya terus berhenti memberikan susu ibu sepenuhnya bukan?
Antara tips untuk memberikan penyusuan susu ibu sepenuhnya yang saya amalkan:
- Niat dari awal ketika anak masih dalam kandungan untuk memberikannya susu ibu sepenuhnya
- Sentiasa mohon doa dari Allah sejak dari kehamilan supaya Allah memudahkan urusan penyusuan dan menjadikan seorang ibu yang cekal dan kuat semangat. Selain itu, mohon Allah sentiasa cukupkan susu buat anak.
- Mula berbual dengan anak dalam kandungan agar menerima susu ibu sepenuhnya dan sukakannya kelak.
- Cari sedikit info awal tentang penyusuan. Apa kepentingan susu ibu, apa kebaikan susu ibu, apa manfaat susu ibu, bagaimana cara memberikan susu ibu yang betul dan lain-lain maklumat berkaitan
- Masukkan bra menyusu sebagai salah satu list wajib anda ketika menyediakan keperluan bersalin anda. Penting kerana ianya sangat membantu!
- Sediakan baju menyusu yang sesuai sebagai langkah awal anda bersedia untuk melakukan penyusuan.
- Cari info awal berkaitan pam penyusuan yang sesuai dengan bajet anda. Mengikut pengalaman saya, pam menyusu saya gunakan di awal penyusuan disebabkan breast cepat membengkak dan perlu dipam bagi mengelakkan bengkak susu yang menyebabkan demam.
Ini merupakan antara tips yang saya amalkan sebelum kelahiran. Alhamdulillah, ianya sangat membantu, Mungkin anda juga punya tips tertentu yang boleh dikongsikan bersama?
Walaupun saya juga turut pernah melalui fasa hampir berputus asa untuk memberikan susu ibu sepenuhnya di atas faktor tertentu seperti melalui saat puting susu koyak teruk, namun ada beberapa perkara yang menjadi RAHSIA saya dan mungkin anda juga kenapa saya sukakan penyusuan susu ibu sepenuhnya.
Nak tahu kenapa? Jom teruskan bacaan anda...
Rahsia kenapa saya sukakan penyusuan susu ibu sepenuhnya?
- Saya mahu anak-anak saya rasai degupan jantung ibu mereka setiap masa. Anda tahu kenapa? kerana degupan jantung ibu mampu memberikan ketenangan kepada jiwa anak. Sekaligus membentuk sifat positif dalam diri anak-anak
- Saya mahu anak-anak saya menerima susu ibu sebagai santapan pertama mereka selepas lahir ke dunia.
- Saya tidak mahu melepaskan khasiat kolostrum susu ibu yang terhasil pada minggu pertama sahaja selepas kelahiran yang mengandungi terlalu banyak manfaat kepada tubuh anak-anak saya. Tidak mahu terlepas memberikan kolostrum yang mereka dapat hanya sekali seumur hidup.
- Khasiat dan keistimewaan susu ibu yang tidak dapat ditandingi dengan mana-mana susu sekalipun di dunia ini.
- Mengeratkan hubungan kasih sayang antara saya dan anak-anak
- Tidak risau anak berkemungkinan obesiti kerana susu ibu tidak boleh menjadi punca anak obesiti.
- Antibodi tubuh anak lebih kuat untuk menghalang jangkitan penyakit seperti demam, selesema dan batuk yang kerap terjadi di kalangan anak kecil
- Perancang keluarga semulajadi.
- Rendah risiko menghidap kanser serviks yang menjadi pembunuh wanita no. 2 di Malaysia
- Rahsia ke-10 ini tentunya para suami sukakannya. Jimat wang daripada terpaksa membeli susu formula setiap bulan. Bayangkan berapa anda habis setiap bulan dengan hanya memberikan susu formula. Bayangkan berapa pula anda bakal jimat dengan menyusu susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun! Andai sebulan memerlukan RM200, setahun RM2400, 2 tahun memerlukan RM4800.. Kira jangan tak kira.. Saya hanya mula memberikan susu formula ketika usia Nur Hanan memasuki fasa 2 tahun. Alhamdulillah, membantu suami kurangkan kos bulanan. Suami mana tak suka..
- Saya rasa rahsia yang terakhir ini tentu ramai ibu sukakannya.. Rahsia slim dengan mudah tanpa diet atau senaman berat. Nak tahu kenapa? Kerana penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu ibu menurunkan berat badan dengan sendirinya! Lemak-lemak dari tubuh ibu yang terkumpul akan ditukar kepada tenaga melalui penyusuan susu ibu. Mudah.. sangat mudah untuk slim.
Seronok bukan? Sebab itulah saya sangat sukakan moment ketika menyusukan anak saya dahulu, Nur Hanan yang kini berusia 4 tahun. Inilah hasilnya, Nur Hanan yang susu ibu sepenuhnya sehingga melebihi usia 2 tahun.. Alhamdulillah sihat dan semakin bijak..
Nur Hanan ketika usia 3 bulan |
Nur Hanan ketika usia 7 bulan |
Nur Hanan ketika usia setahun setengah |
Nur Hanan ketika usia 2 tahun |
Nur Hanan ketika usia 3 tahun |
Nur Hanan kini 4 tahun dengan susu ibu sepenuhnya |
Kesan ketara daripada fully breastfeeding ini saya dapat lihat dengan tahap kesihatan Nur Hanan sendiri yang sangat jarang jatuh sakit. Malah, tahap kecerdasan mindanya lebih tajam dan mudah mengikuti sesuatu pembelajaran dengan cepat. Nur Hanan, anugerah terindah Ummi dan Abi..
Alhamdulillah syukur dapat melalui fasa penyusuan dengan jayanya. Sukar? Memang sukar! Siapa kata mudah.. Namun, keinginan yang sangat tinggi, kemahuan yang benar-benar mahu, malah dengan sokongan suami dan keluarga, doa yang tidak putus-putus ia akhirnya dapat dilalui dengan jayanya.
Anda bagaimana?
Buatlah pilihan yang tepat.. Niatkan bermula dari sekarang, insyaAllah anda juga mampu lakukannya.. Jangan berputus asa!
Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan
Never Lose Hope..
------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami,
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..
Tercari-cari income tambahan untuk menjana pendapatan keluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..
Satu pengalam yang amat berharga..anak membesar dengan sihat selalu.
ReplyDeleteYup, alhamdulillah kak..^_^ InsyaAllah saya doakan akak juga akan melaluinya nanti..hehe
Deletei love bf..alhamdulillah sekarang saya dah 9 bulan fully bf anak ke3 :)
ReplyDeleteWowww ibu bekerjaya yang hebat, Ida! Congrates..Alhdmulillah..
DeleteComelnya hanan :)
ReplyDeleteDoakan saya juga dapat susukan alfateh sehingga 2 tahun ye kawan-kawan.
comelnya hanan..masa umur 4 tahun tu macam dewasa sangat dah...hihi
ReplyDeleteMakin Berusia Makin Sukar Hamil