Tuesday, September 23, 2014

10 Tips Bijak Tangani Anak Susah Makan

Situasi anak susah nak makan atau dalam erti kata lain tidak mahu makan yang disediakan oleh ibu merupakan salah satu masalah biasa dalam proses pembesaran anak-anak. Situasi ini bukan hanya dilalui oleh segelintir ibubapa, namun ianya biasa dilalui oleh semua ibubapa. Bagaimana anda menangani masalah ini secara bijak? Adakah anda hanya memilih membiarkan dan mengikut saja pilihan anak-anak atau anda punya cara sendiri untuk menangani masalah ini. Bagi ibubapa yang masih tercari-cari solusi untuk mengatasi masalah ini, malam ini saya ingin kongsikan bersama anda beberapa tips kreatif yang mungkin boleh membantu anak anda untuk makan secara sihat. Ikuti kupasan lanjut seterusnya..1) Pelbagaikan penyediaan makanan kesukaan anak

Anda boleh mulakan langkah dengan mempelbagaikan penyediaan cara masakan yang berbeza-beza mengikut kesukaan anak-anak. Contoh, andai anak anda sukakan seafood, pelbagaikan cara dengan masak sup, tomyam, goreng tepung atau sebagainya.

Pelbagaikan kreativiti menghias makanan anak
Kreatifkan diri dalam menghias makanan anak
2) Jangan memaksa anak anda untuk makan

Dalam mendidik anak agar punya pola makan yang tetap, peringkat awal sebaiknya anda tidak memaksa mereka untuk makan secara banyak apatah lagi memaksa mereka untuk menghabiskan makanan. InsyaAllah keinginan mereka terhadap makanan akan meningkat seiring dengan waktu. 


3) Kreatifkan cara penyediaan masakan dan hiasan makanan anak anda.

Kanak-kanak punya ilusi dan angan-angan yang sangat tinggi. Anda boleh menggunakan cara dengan menghias makanan anda sebaik dan sekreatif yang mungkin kerana kanak-kanak kebiasaannya akan rasa teruja melihat hiasan makanan terhidang yang lain dari yang lain. 

Pic Kredit to: http://heartwhispers.weebly.com/fun-food.html
4) Buat jadual secara tetap masakan apa yang bakal anda sediakan setiap hari

Anda mungkin boleh menyediakan senarai tetap makanan apakah yang ingin anda sediakan setiap hari. Mungkin anda boleh bertanya kepada anak anda. Tampal di dinding atau peti sejuk. Tunjuk pada anak bahawa anda serius memberikan mereka makanan yang terbaik untuk tubuh yang sihat.

Pic kredit to: http://goo.gl/6hsWhg
5) Lakukan aktiviti memasak bersama anak anda

Ransang minat anak anda untuk sama-sama menyediakan makanan kegemaran mereka. Aktiviti ini mampu memupuk minat mereka untuk makan apa yang mereka sediakan. Walaupun aktiviti ini sedikit 'renyah', tetapi kebiasaannya anak-anak pasti sukakan saat ini disamping memupuk juga minat mereka untuk membantu anda menguruskan urusan rumah kelak.


6) Tetapkan pola makanan secara tetap

Pastikan anda mempunyai waktu makan anak secara tetap. Sebagai contoh, anda menetapkan jam 12.00 tengah hari sehingga jam 1.30 petang sebagai waktu makan tengah hari dan jam 6.30 hingga 7.00 petang sebagai waktu makan malam anak. Sebaiknya, elakkan daripada mengabaikan waktu makan yang anda telah tetapkan ini. 

tetapkan pola pemakanan yang tetap
Pic kredit to: http://goo.gl/8jFGr9

7) Jangan biasakan memberi anak anda snek ringan sekiranya mereka tidak lapar.

Anak-anak sememangnya sukakan snek ringan biarpun mereka sedang kekenyangan. Namun, jangan membiasakan memberikan anak anda snek ringan ketika mereka tidak lapar. Ini akan menyebabkan mereka merasa kenyang apabila tiba waktu makan yang sebenar. 

Jangan amalkan memberikan anak snek ketika kenyang
Pemberian snek membuatkan anak anda kenyang ketika sampai waktu makan

8) Jadikan waktu makan anak anda sesuatu yang menyeronokkan

Jadikan waktu makan saat yang amat menyeronokkan. Makan bersama anak anda. Berkongsi rasa dan cerita dengan anak anda supaya mereka tidak bosan dengan waktu makan. 

Jadikan waktu makan sesuatu yang menyeronokkan
Pic kredit to: http://goo.gl/7vWhcp
9) Tunjukkan visual anak anda makan dengan gembira.

Zaman kini merupakan zaman IT dan gadget. Mungkin anda boleh merakamkan saat ketika anak anda seronok untuk mereka. Rakaman itu boleh anda ulang tayang ketika datang mood anak susah nak makan. Atau mungkin juga anda boleh menunjukkan visual berkaitan kanak-kanak luarnegara yang kurus kering akibat kekurangan makanan. InsyaAllah mereka akan lebih menghargai makanan. 

Visual anak suka ketika waktu makan
10) Ibubapa harus bersabar, tunjukkan contoh yang baik terhadap makanan dan jangan sesekali memberikan respon negatif terhadap makanan di hadapan anak-anak. 

Melayan anak makan memerlukan kesabaran tinggi. Andai anda mahu anak anda sihat mendapat nutrien yang secukupnya, sabar dengan kerenah mereka. Sesekai jangan memberikan komen yang negatif terhadap makanan di hadapan mereka dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak. 

Tunjukkan contoh yang baik ketika makan

Ingat...
Menangani anak yang tidak mahu makan ini bukanlah satu tugas yang mudah walaupun beribu tips anda cari. Namun yang penting, kesabaran, kesungguhan, keyakinan anda tanpa putus asa, insyaAllah akan membuahkan hasil positif dengan anak anda.

Semoga berjaya!!!


Salam Sayang,
Ummu Hanan

Never Lose Hope...

1 comment: