Makanan tambahan pengganti makanan harian?
Benar atau salah pernyataan ini?
Mungkin anda pernah mendengar atau terpedaya tentang makanan tambahan adalah 'pengganti' kepada makanan harian anak anda. Tetapi hakikatnya ia adalah satu kesilapan. Mengapa? Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian saya berkaitan isu ini..
Ibubapa harus menyedari bahawa makanan tambahan yang dibekalkan kepada anak bukanlah bertindak sebagai 'pengganti' kepada makanan harian anak-anak. Makanan harian masih lagi diperlukan oleh anak-anak anda dan ianya tidak boleh anda abaikan.
Namun, dalam keadaan tertentu, anak anda memerlukan makanan tambahan sebagai 'pelengkap' kepada nutrien makanan harian anak anda yang mungkin tidak dapat anda sediakan secukupnya melalui makanan harian mereka.
Ingat! Makanan tambahan adalah 'pelengkap, bukan pengganti!' kepada makanan harian anak-anak anda.
Mari kita lihat dan fahami definisi makanan tambahan atau biasa juga disebut sebagai vitamin tambahan daripada Wikipedia..
[Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak boleh diambil.
Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.]
Begitu juga konsepnya dengan anak-anak anda.
Umum ibubapa memahami bahawa kebiasaannya anak-anak kecil ini agak memilih dalam pengambilan sesuatu makanan. Sedangkan, kita perlu memberikan vitamin dan nutrien yang secukupnya kepada tubuh badan anak-anak. Keadaan ini mungkin agak merisaukan anda sebagai ibubapa. Jika khasiat tidak mencukupi, bagaimana anak-anak hendak membesar dengan baik dan sempurna? Pendek kata, seandainya nutrisi tidak mencukupi, maka fungsi otak juga tidak boleh berjalan dengan lancar!
Oleh yang demikian, seandainya anak anda mengalami kemungkinan kekurangan nutrien sehingga menjadi punca kepada sesuatu penyakit, pengambilan vitamin sedikit sebanyak membantu anda menangani masalah kesihatan anak anda.
Laburlah sedikit wang demi anak-anak tercinta!
Namun, harus anda ambil berat! Pastikan anda memilih vitamin yang diyakini penghasilannya, syarikat yang kukuh, tanpa bahan tambahan, pewarna tiruan, perisa tiruan. Penting itu! Kerana anda mengambil vitamin untuk memenuhi keperluan nutrien si kecil, bukan menambah risiko kemungkinan penyakit dengan kandungan yang tidak diperlukan!
Beberapa Panduan buat anda dalam memberikan makanan tambahan buat anak anda:
1) Pilihlah pengedar dan jenama yang baik, yang berkualiti dan telah terbukti keberkesanannya
2) Baca dan teliti dahulu kandungan dalam vitamin tersebut.
3) Pastikan kandungannya tidak membahayakan kesihatan atau mengandungi bahan terlarang
4) Pilihlah vitamin yang tidak mengandungi perisa dan pewarna tiruan.
5) Rujuk doktor sekiranya perlu atau anak anda di bawah pantauan doktor.
Apakah NUTRIEN penting yang kebiasaannya diperlukan oleh kanak-kanak?
1) DHA
DHA kebiasaannya dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan daripada protein ikan. Seandainya anak-anak tidak makan ikan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, maka mereka tidak mendapat khasiat lemak DHA atau essential fatty acids yang membantu perkembangan otak. DHA tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri dan sememangnya ia amat diperlukan daripada sumber-sumber makanan seperti ikan berlemak, soya, tauhu dan brokoli. Oleh itu, pengambilan vitamin yang mengandungi DHA dan EPA (Omega-3) dapat membantu.
[Rangkaian produk Shaklee memiliki vitamin pembekal DHA dan EPA ini yang lebih dikenali sebagai Omega Guard Shaklee.]
2) VITAMIN C
Pengambilan vitamin C juga penting untuk kanak-kanak. Vitamin C perlu diambil setiap hari oleh kanak-kanak bawah 13 tahun dalam kuantiti 20 mg . Namun, sekiranya berlebihan jangan khuatir kerana ianya tidak disimpan di dalam tubuh dan akan dibuang melalui air kencing. Vitamin C dapat membantu anak-anak daripada jangkitan selesema dan infeksi lain kerana ia meningkatkan kekebalan sistem pertahanan badan dan membekalkan imuniti. Sumber terbaik vitamin C adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun, anak anda kemungkinan kekurangan vitamin C di dalam tubuh seandainya mereka sukar menerima makanan bersumberkan buahan dan sayuran dalam diet harian yang anda sediakan. Oleh itu, pengambilan makanan tambahan Vitamin C juga penting untuk meningkatkan imuniti tubuh anak anda.
[Chewable Vita C daripada Shaklee merupakan cadangan makanan tambahan yang sesuai bagi anak anda. Ianya selamat dan semulajadi tanpa bahan tiruan, tanpa perisa tiruan dan tanpa bahan pengawet]
Selain itu, anda juga boleh mencuba MEAL SHAKES Shaklee sebagai makanan tambahan buat anak anda.
Baca lanjut Set Kesihatan Shaklee untuk Kanak-Kanak..
Walau bagaimana pun, yakin dan percaya anda perlu berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam menyediakan pemakanan buat anak anda. Namun, kadangkala beberapa perkara dan punca menjadikan kita tidak dapat memenuhi keperluan itu termasuk penerimaan anak anda terhadap sesuatu makanan.
Tiada masalah untuk anda mengambil makanan tambahan, namun sekali lagi harus difahami "Makanan Tambahan hanyalah sebagai Pelengkap, bukan Pengganti kepada makanan harian anak anda" Dan pilihlah makanan tambahan yang selamat, semulajadi dan anda yakin ianya berkesan!
----------------------------------------------------------------------
Anda berminat untuk mencuba set makanan tambahan buat anak anda?
Ingin membuat penjimatan sehingga 25%?
Jangan lepaskan peluang sertai kami dengan membuat pembelian sebagai ahli Shaklee..
Lebih penjimatan, lebih berbaloi dari biasa..
Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah
COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.
Never Lose Hope...
No comments:
Post a Comment