Tahukah anda, waktu makan anak-anak merupakan saat yang
paling penting yang perlu dititik-beratkan oleh semua para ibu khususnya dan
ayah amnya sebagai pembantu.
Kerana apa agaknya? Saya yakin dan percaya sudah tentunya
anda merupakan ibu-ibu yang punya pengetahuan dan ilmu menguruskan dan
mengendalikan anak-anak anda termasuk pengendalian waktu makan.
Menjaga waktu
makan anak anda merupakan aspek terpenting dalam proses menjadi ibu bapa kerana
pengambilan makanan yang baik dan terjaga di kalangan anak-anak mempengaruhi
minda, akhlak, emosi dan kesihatan anak-anak.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang
waktu makan anak yang perlu dan tidak anda lakukan..
DO:
1) Tetapkan waktu makan anak anda dengan teratur.
Waktu makan anak anda perlulah lebih kurang sama setiap
hari. Sarapan, makan tengah hari dan malam. Selaraskan masa sebagai contoh
makan tengah hari antara jam 12 sehingga jam 1.30 tengah hari. So, anda perlu
set masa anda dan pastikan anak anda makan di antara jam ini. Waktu makan yang
teratur bukan hanya membantu anda dan anak anda malah ia dapat mengelakkan pemakanan
anak anda terganggu. Bahkan, ianya juga dapat memupuk sifat anak anda untuk
lebih berdisiplin dengan masa.
2) Minta anak-anak tutup televisyen dan minta mereka bantu anda di dapur.
Anak-anak zaman kini semakin jarang membantu urusan di dapur bukan? Oleh yang demikian, pabila hampir tiba waktu makan, minta anak anda membantu anda melakukan kerja-kerja di dapur seperti mengemas meja, menyediakan pinggan mangkuk, memotong dan mencuci sayur atau ajar mereka apa jua tentang ilmu di dapur. Ianya dapat membantu anak anda yang bakal meningkat dewasa dan bakal memasuki alam persekolahan, universiti dan sebagainya. Didik anak anda untuk berdikari!
DON'T:
1) Jangan sesekali memberikan komen negatif mengenai makanan di hadapan anak-anak.
Tanpa anda sedari ianya bakal menjadi ikutan kepada anak-anak anda. Sebagai contoh "Eeii, ummi tak suka la sayur sawi ni..Tak sedap, kurang garam.." Adalah lebih baik sekiranya anda mendidik anak anda untuk sentiasa mengucapkan "Alhamdululillah" atas kurnian rezeki yang Allah swt berikan berbanding anak-anak lain yang tidak dapat merasai makanan yang mengenyangkan apatah lagi makanan yang lazat-lazat. Anda juga mungkin boleh menunjukkan gambar-gambar kanak-kanak yang kebuluran.
2) Memekik, berleter dan mengugut anak supaya mereka menghabiskan makanan.
Banyakkan bersabar ketika memberi makan kepada anak. Saya tahu dan pasti, masa memberikan makan pada anak bukanlah satu tugas yang mudah. Kadang-kala hilang sabar juga kan? Tapi, sebaiknya berusahalah untuk bersabar dengan karenah mereka ketika makan kerana dikhuatiri semakin lama anak-anak semakin tidak gemar dan suka dengan waktu makan. Tegur dengan bahasa yang baik. Ceritakan kepada mereka mengapa mereka perlu makan, buat perbandingan dengan kanak- kanak lain yang tidak dapat makan seperti mereka.
3) Jangan beri anak makan ketika mereka tidak lapar.
Maksudnya di sini, jangan membiasakan memberikan anak anda snek ringan seandainya mereka tidak lapar atau bukan pada waktu makan lebih-lebih sejam hingga 2 jam sebelum makan. Ada kemungkinan mereka akan menolak untuk makan apabila tiba waktu makan.
4) Jangan biarkan anak makan sendirian dan jangan biasakan makan depan Televisyen.
Pastikan anak anda duduk makan bersama anda di meja makan. Kerana apa? Kerana ianya mampu mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan anak. Kebiasaannya, masa ini jugalah untuk anda bercerita, berkongsi dengan tugas harian anak-anak bersama anda. Seandainya terlalu sukar untuk makan bersama, buat satu undang-undang, seminggu anda perlu makan bersama sebanyak 3 kali sebagai contoh.
5) Please...Jangan mengatakan kepada anak "Tak boleh bercakap ketika makan.."
Oopppss, biasa buat begitu? Anda silap! Sebab waktu makan la sebenarnya antara waktu yang paling sesuai untuk anda berkongsi cerita dengan anak-anak. Tapi cuma mungkin anda boleh mengingatkan agar tidak bercakap ketika mulut terlalu penuh dengan makan. Kalau setakat selang-selikan mengunyah dan bercakap ketika mulut sedikit kosong, tiada masalah.
So, ibu-ibu.. Ambil peluang waktu makan anak-anak anda sebaik mungkin. Yang paling terbaik, masaklah dengan air tangan anda sendiri untuk keluarga. Bukan hanya sihat, malah ianya lebih memberikan keberkatan, insyaAllah.
Salam Sayang,
Ummu Hanan
Never Lose Hope...
Ummu Hanan
Never Lose Hope...
info bagus utk parents. Tq
ReplyDeletejemput singgah blog saya..
http://mommydarwisya.blogspot.com/2014/09/testimoni-mealshake-collagen-powder.html?m=1