Menyusukan bayi bukanlah satu perkara yang mudah.. Namun, tanpa kita sedari, hakikatnya menyusukan bayi ini bukan saja memberikan manfaat kepada ibu, malah kepada anak juga, keluarga malah masyarakat..
Oh betul ke masyarakat termasuk sekali dalam kebaikan menyusu bayi dengan susu ibu? Haaa..meh nak share..
KEBAIKAN UNTUK IBU:
* Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.
* Menjarakkan kehamilan secara semulajdi melalui Lactational Amenorrhea Method (LAM)
* Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan uterine
* Mengurangkan risiko penyakit asteoporosis
* Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi.
* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
KEBAIKAN UNTUK BAYI:
* Kolostrum merupakan sumber imunisasi pertama bayi
* Mengurangkan masalah alergi
* Mengurangkan masalah sistem penghadaman
* Membekalkan zat-zat dan juga sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum
* Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
* Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5 point berbanding dengan bayi yang menyusu sus formula)
KEBAIKAN KEPADA KELUARGA:
* Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula.
* Mengurangkan kos perubatan kerana bayi jarang mengalami sakit
* Merapatkan hubungan kekeluargaan
KEBAIKAN KEPADA MASYARAKAT:
* Environmental Eco-friendly iaitu mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
* Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak.
* Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara yang secara langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi negara.
Salam Sayang,
Ummu Hanan
Never Lose Hope...
No comments:
Post a Comment