Monday, April 28, 2014

Nak Join Ahli Shaklee, Tapi Tak Tahu Bagaimana Caranya?

 Mungkin ada di kalangan anda yang berura-ura untuk menjadi ahli Shaklee. Tetapi, timbul keraguan dan kesangsian serta persoalan bagaimanakah cara untuk menyertai ahli Shaklee. 


Adakah perlu menguruskan sendiri dengan terus ke HQ atau mana-mana branch Shaklee atau perlu bantuan individu tertentu untuk menguruskan permohonan keahlian anda?

Sunday, April 27, 2014

Tak Sangka Join Shaklee Asyik Kena 'Bebel' je!

Join Shaklee, hari-hari kene 'tegur'.. Kene 'bebel'.. Kalau tak kene 'tegur' sehari, memang tak sah lah! Sebab apa ni asyik kene 'tegur' je ni?

Haaa.. Siapa yang tak berada dalam Shaklee atau lebih tepat lagi group 'Jutawan Muslimah' kami, mesti anda tertanya-tanya kan sebab apa kene 'tegur' selalu kan?

Friday, April 25, 2014

Tips Penurunan Berat Badan dengan Cepat Tapi Sihat!

Tahap kegemukan di kalangan rakyat Malaysia membimbangkan! Seperti yang kita maklum, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006 sahaja. Kadar tersebut saban tahun semakin meningkat dan terus meningkat. 

Wednesday, April 23, 2014

Tingkatkan Sistem, Peredaran Darah Anda

Sistem peredaran darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.

Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat–zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.

Tuesday, April 22, 2014

Benarkah Makan Garam Sebelum Makan Sunnah Nabi?


Jika kita menjenguk ke dapur kita, barang yang wajib ada adalah garam. Ketiadaannya di dalam masakan harian kita akan dirasai. Maka tidak hairanlah ada dikalangan kita yang hilang selera makannya jika tiada garam.

Garam adalah mineral yang berbentuk batuan. Satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia. Kandungan mineralnya diperlukan oleh badan manusia. Banyak manfaat garam untuk kesihatan manusia dan awas jangan diambil berlebihan kerana ia akan memudaratkan..

Monday, April 21, 2014

Makanan yang Tidak Sesuai Diambil Ketika Menyusu

Fasa penyusuan susu ibu merupakan fasa yang sangat penting bagi seorang ibu dan anak yang disusui. Tahukah anda, pemakanan ibu ketika menyusu juga mempengaruhi tahap kesihatan anak anda?

Harus difahami bahawa anak yang menyusu ibu menyerap zat dan pemakanan yang diambil oleh ibu sepenuhnya! Oleh yang demikian, anda harus berhati-hati dengan setiap pengambilan makanan anda seharian.

Sunday, April 20, 2014

Nutriferon: Sejarah dan Manfaat


Penemuan terhebat dalam bidang Immunologi

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. 

Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semula jadi di dunia (Nutriferon).