Bagaimana meningkatkan sistem peredaran darah
Riadah dan bersenam – Ia menggalakkan pergerakan semula jadi darah melalui kaki dan seluruh badan. Senaman ringan seperti berjalan, berbasikal dan berenang adalah cara terbaik untuk meningkatkan peredaran darah.
Pemakanan yang sihat - Mengurangkan pengambilan gula dan lemak akan membantu darah mengalir dengan mudah ke seluruh badan. Diet yang seimbang dan meningkatkan pengambilan serat akan membantu badan membuang lemak pemakanan, sekali gus meningkatkan lagi aliran darah.
Jangan merokok - Merokok akan merosakkan peredaran darah kerana ia boleh menyebabkan pengerasan arteri dan kolesterol yang lebih tinggi.
Merendam kaki - Rendam kaki dalam tab air panas boleh memberikan kelegaan sementara untuk peredaran darah yang kurang di kaki, tetapi ini bukanlah satu penyelesaian jangka panjang.
Makanan yang
meningkat sistem peredaran darah
Oren - Oren dan buah-buahan citrus yang lain mempunyai kandungan vitamin C tinggi sebagai pencair darah semula jadi dan dikatakan menguatkan dinding kapilari dan mencegah plak yang membawa kepada peredaran darah yang lemah.
Dark Chocolate (Coklat gelap) - Koko mengandungi flavonoid yang secara semula jadi yang terdapat dalam tumbuhan dan buah-buahan dan juga dikaitkan dengan memperbaiki peredaran darah. Makanan yang kaya dengan antioksidan flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis (pengumpulan dan pemendapan kolesterol/lemak) serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal menunjukkan bahawa coklat gelap kaya dengan flavonoid semulajadi yang meningkatkan peredaran darah berbanding dengan coklat berwarna putih yang tiada flavonoid.
Cayenne Pepper (Cili/lada Merah) - Ia boleh didapati sebagai cili yang segar atau rempah kering dan dikaitkan dengan peningkatan kadar metabolisme dan mengukuhkan arteri dan saluran darah. Lada merah adalah terbaik dimakan mentah (sebagai ulam).
Sunflower Seed (Biji bunga matahari) - Biji bunga matahari kaya dengan vitamin E yang mengelakkan darah beku daripada terbentuk. Ia sangat membantu meningkatkan peredaran darah. Begitu juga makanan seperti buah zaitun, kekacang dan biji labu.
Ginger (Halia) - Halia dikenali untuk membantu loya dan pencernaan masalah serta meningkatkan peredaran darah. Halia boleh dimakan mentah atau ditambah kepada makanan atau boleh juga mencuba teh halia.
Garlic (Bawang putih) –Bawang putih mempunyai banyak kegunaan dan salah satunya adalah membersihkan darah dan membantu mencegah plak daripada terbina.
Ginkgo Biloba - Salah satu spesies pokok yang masih hidup yang tertua di dunia, Ginkgo biloba mengembangkan saluran darah lalu meningkatkan aliran darah. Ia juga meningkatkan aliran darah ke otak.
Beri Goji - Beri goji boleh didapati di kedai-kedai kesihatan semula jadi dan kelihatan serupa dengan kismis. Ia mengandungi serat yang tinggi untuk membantu meningkatkan sistem imun serta meningkatkan peredaran darah.
Tembikai - Tembikai kaya dengan lycopene yang merupakan antioksidan semula jadi dikaitkan dengan meningkatkan peredaran. Lycopene adalah pigmen semula jadi yang memberikan makanan tertentu warna merah. Tomato, pink grapefruit dan aprikot juga mengandungi lycopene.
Salmon dan avokado - Salmon dan avokado mengandungi Omega 3 untuk menyokong sistem kardiovaskular dan meningkatkan peredaran darah.
KREDIT GAMBAR: superherbalfoods |
Healthy Circulatory Set daripada Shaklee
Healthy Circulatory Set adalah set pemakanan daripada Shaklee untuk
meningkat sistem peredaran darah. Set-set tersebut terdiri daripada:
- ESP
- Omega Guard
- Alfalfa Complex
- Garlic
- Lechitin
- Vita-E Complex
Ia memudahkan anda untuk mendapatkan khasiat daripada
sumber semula jadi.
Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.
Never Lose Hope...
No comments:
Post a Comment