Wednesday, April 22, 2015

3 Sikap Obses untuk Cantik yang Harus Dipuji

Wanita biasanya memang sinonim dengan kecantikan. Dari rambut, wajah, susuk tubuh, kulit dan lain-lain semuanya ingin dititikberatkan. Semuanya perlu dijaga agar sentiasa tampak cantik jelita. 

Kenapa yer begitu? Perlukah wanita terlalu obses dengan kecantikan? Adakah situasi ini mampu mengundang kemudaratan atau mungkin ia memberi kelebihan kepada wanita itu sendiri? Bolehkah ia dipandang dari sudut yang positif? 

Saya melihat kecantikan itu dari sudut yang fleksibel dan pelbagai. Cantik itu mempunyai pandang sisi yang berbeza bagi setiap orang kerana setiap dari diri kita mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. 

Mungkin bagi anda, si fulanah itu cantik tetapi mungkin bagi orang lain punya pandangan sebaliknya. Mungkin anda rasa anda tidak secantik seperti si fulanah. Namun, siapa sangka tentu ada orang yang mengatakan anda cantik! 

Sifat semulajadi wanita


Sudah sememangnya sifat semulajadi wanita yang dibaluti dengan kelembutan, kesopanan dan keayuan mahukan yang terbaik dalam aspek kecantikan diri. Sebolehnya, andai punya bajet yang tinggi, wanita sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya kerana semata-mata mahu kelihatan cantik.

Apakah obses tentang kecantikan yang boleh dipandang positif? 


Obses Cantik untuk Sihat

Cantik bukan hanya dikaitkan dengan kesempurnaan luaran sahaja. Bahkan, bagi sebahagian wanita mereka mahu cantik untuk kesihatan dalaman mereka demi manfaat diri untuk jangka masa pendek dan panjang. 

Sebagai contoh, wanita yang mahukan susuk tubuh yang sederhana atau dalam erti kata mudahnya susuk tubuh yang kurus bukan sahaja mahu kelihatan cantik, malah mahu kurus sebagai langkah daripada sebarang penyakit yang mungkin bakal berlaku apabila gemuk. 

Bahkan, apabila wanita tidak menjaga kebersihan dan kesihatan diri, lalu timbullah pelbagai penyakit lain yang mungkin boleh mengundang kepada penyakit serius dan kronik yang lain bukan? 

Sebagai contoh, bahaya kesan jangkitan keputihan kepada suami, masalah jerawat, obesiti dan sebagainya.

Obses Cantik untuk Suami

Kelihatan cantik untuk pandangan mata suami tiada salahnya. Malah, mendapat pahala dari Allah swt kerana menggembirakan hati suami. Biarpun Islam mengajar kita menerima pasangan seadanya, namun tiada salahnya bagi wanita untuk obses cantik pada pandangan mata suami.

Sesekali reward diri anda dengan pakaian baru dan alat solekan yang boleh anda pakai di hadapan suami anda ketika di rumah. Jangan biarkan diri cantik pada pandangan mata orang luar sahaja, namun yang lebih utamanya adalah cantik pada pandangan suami anda di rumah. 

Kalau anda sebagai seorang suami, sudah tentunya anda juga inginkan seorang isteri yang pandai menjaga kesihatan dan kecantikan diri bukan? Silap-silap haribulan, anda pulak yang bakal di cop tidak pandai menjaga isteri. Mahu begitu? 

Ingat syariat Islam yang asal.. Cantik dan berlebih-lebih untuk suami hanya di rumah sahaja!

Obses Cantik Dalaman VS Obses Cantik Luaran

Apa yang dimaksudkan dengan obses cantik dalaman VS luaran? 

Dalam keghariahan mencari kecantikan luaran, jangan dilupakan pada kecantikan dalaman (hati) dan amalan kerohanian. Tanamkan rasa kehambaan kepada Allah. InsyaAllah mereka yang menekankan kecantikan dalaman pasti terpancar sinar kecantikan luaran.

Agak-agak anda obses dengan cantik atas 3 sebab ini tak? Andai anda obses untuk cantik atas 3 sebab ini, saya harus puji sikap anda!

Mungkin banyak lagi faktor lain yang membuatkan anda mahu kelihatan cantik. Namun, saya melihat dari pandang sisi sebagai seorang isteri yang sudah mendirikan rumahtangga. Bukan lagi masanya obses dengan cantik tanpa hala tujuan. 

Walau bagaimanapun, berpadalah dalam melayan obses anda untuk kelihatan cantik. Jangan sampai mengundang keburukan lain kepada diri anda sendiri seperti:
  • Obses mahu cantik dan kurus sehingga jatuh sakit akibat kurang makan dan tidak memenuhi keperluan nutrisi tubuh dengan betul
  • Menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk cantik kerana sifat sebegini boleh menjurus kepada pembaziran. Kehendak melebihi keperluan
  • Mengundang kemarahan suami. Apapun, sebagai seorang isteri sebaiknya terlebih dahulu mohon izin suami anda dahulu. 
  • Melanggar syariat yang ditetapkan oleh Islam

Malah, pokok asas utama tentang kecantikan yang anda harus terapkan dalam diri adalah dengan mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kerana apa? Kerana setiap dari kita merupakan hasil ciptaan Allah yang sangat istimewa dan sempurna.

"Dunia adalah perhiasan..Seindah hiasan adalah wanita solehah, insyaAllah..""

4 comments:

  1. saya juga obses cantik . cantik bagi saya adalah muka yg bersih tanpa jerawat dan makeup ... be natural .

    ReplyDelete
  2. saya juga obses cantik . cantik bagi saya adalah muka yg bersih tanpa jerawat dan makeup ... be natural .

    ReplyDelete
  3. Obses cantik.. Buatlah apa saja ASALKAN tidak melanggar hukum Allah

    ReplyDelete
  4. Obses cantik.. Buatlah apa saja ASALKAN tidak melanggar hukum Allah

    ReplyDelete