Bagaimana
memilih multivitamin dan multimineral yang terbaik.
Untuk
memilih multivitamin dan multimineral yang baik, seseorang perlu meluangkan
masa untuk membaca label pelekat yang ada pada sesuatu produk.
Produk
yang baik adalah ia menyenaraikan semua nutrien berserta dengan nilai harian
(DV) pada labelnya. Ia membantu pengguna untuk memastikan semua nutrien yang
diperlukan, tersedia di dalam produk tersebut dengan secukupnya.
Seseorang
itu perlu memilih produk yang mempunyai sekurang-kurang 12 vitamin dan 7
mineral seperti yang dicadangkan oleh RDA/RDI. Pastikan juga peratus nilai harian
yang diperlukan itu mencukupi sekurang-kurangnya 100% DV kecuali kalsium,
magnesium dan fosforus. Lihat Nilai Harian yang diperlukan.
Ini
kerana ketiga-tiga mineral ini merupakan mineral berpukal dan sukar untuk
disebatikan menjadi tablet. Hendaklah berwaspada jika sesuatu produk itu
mengandungi 100% nilai harian bagi ketiga-tiganya di dalam satu tablet kerana
memerlukan pemampatan yang amat tinggi untuk membentuk tablet dan sebahagian
besarnya tidak melarut dalam tempoh yang sesuai untuk digunakan oleh badan
secara yang paling bermanfaat.
Menurut
Dr Bruce Miller, amaun yang baik bagi ketiga-tiga mineral tersebut adalah 45%
daripada nilai harian (DV) untuk kalsium, lebih kurang 50% untuk magnesium dan
35% untuk fosforus untuk setiap hidangan.
Penting
juga jika sesuatu produk itu mempunyai kajian klinikal yang menyokongnya.
Pengguna
juga tidak harus terpedaya dengan ungkapan-ungkapan yang berlebihan yang
menjanjikan boleh mengubati penyakit atau nama-nama produk yang ‘power’ kerana
ia lebih kepada omong-omong kosong semata-mata.
Justeru,
jangan terpikat dengan nama dan ungkapan yang ‘best’ tetapi tumpukan kepada lebal
dan tulisan daripada syarikat pengeluar. Kerana multivitamin dan multimineral
adalah untuk memastikan kita mendapat nutrien yang mencukupi untuk seharian.
Produk-produk
hasil penyelidikan terkini juga mengandungi mikronutrien yang lain yang
diterima ramai seperti Selenium, mangan, kromium, molibdenum, nikel, timah,
vanadium, boron dan silikon.
Dengan
cara di atas sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mengelakkan daripada
terbeli multivitamin dan multimineral yang dicurigai yang berkemungkinan
berorientasikan keuntungan semata-mata.
Never Lose Hope...
No comments:
Post a Comment