Mungkin
situasi ini sering berlaku bagi mereka yang kerja di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur.
Tak
sempat buat sarapan… Alaa, senang je… beli je kat warung atau kedai di tepi
jalan. Beli kuih @ beli nasi goreng @ beli nasi lemak @ mihun @ mee. Janji dah
sarapan, bagi sikit tenaga.. Yang penting cepat dan tidak mengganggu kerja aku…
Kan senang..:) Tapi masalah serupa juga timbul.
"Alaa, kalau
tak sempat, ‘qada’ je makan tengah hari… kul 10, dah kuar p makan…" Tapi lepas
makan mengantuk la plak. Dan mengantuk, jadi malas.. pastu kerja pun tiada
kualiti..
Sebenarnya,
tabiat ini menyebabkan seseorang itu mengambil makanan berlebihan ketika makan
tengah hari dan pada waktu-waktu lain. Amalan itu tidak sihat kerana ia
menyebabkan mereka menambah jumlah kandungan kalori dan mungkin lemak yang
dimakan dalam sehari.
Balik
dari kerja, sampai rumah, dah tak bertenaga.. penat, serabut, stress, takde mood
dan macam-macam lagi… nak layan keluarga pun dah malas… Akhirnya siapakah yang
menjadi mangsa..?
Kanak-kanak
yang diabaikan
Kanak-kanak
yang ke sekolah, jika tidak bersarapan juga akan menyebabkan mereka kurang
aktif di sekolah.
Disebabkan
kesibukan dan kesuntukan masa ibu bapa yang bekerja pada sebelah pagi akhirnya
anak-anak menjadi mangsa tidak sempat untuk bersarapan. Tidak mustahil, ia juga
akan menjejaskan mutu pembelajaran mereka di sekolah.
Situasi
inilah yang berlaku kepada kanak-kanak di Malaysia pada hari ini di mana satu
daripada tiga kanak-kanak sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.
Siapa
yang salah, tepuk dada tanya diri sendiri…
Nak
kurus, tak payah sarapan??
Ada juga
yang tidak mahu mengambil sarapan disebabkan mahu kurus. Kononnya nak kurangkan
kalori. Sedangkan badan kita ini memerlukan jumlah protein, karbohidrat, serta
vitamin, mineral dan air yang mencukupi di samping sedikit lemak untuk terus
sihat dan bertenaga.
Amalan
pemakanan yang bijak ialah makan untuk kita sentiasa sihat bukan makan untuk melangsingkan
badan.
Oleh
itu, mengabaikan sarapan demi melangsingkan badan kerana diet yang tidak
mencukupi selalunya akan menyebabkan keletihan, kurang tenaga dan daya
konsentrasi di mana akhirnya membuatkan seseorang lesu dan pucat lesi.
Mulakan
hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat seperti bijirin sarapan yang
mudah disediakan dan dalam masa yang sama ia dapat membantu menjadi langsing
dan sihat.
Cubalah
makan awal pada malam hari, untuk diisi semula pada esok pagi.
Jangan
remehkan sarapan pagi
Badan
kita memerlukan glukosa dalam darah untuk menjana tenaga. Glukosa pula dapat
diperoleh daripada makanan yang kita makan. Jika bekalan glukosa ke otak
mencukupi, ia membuatkan seseorang cerdas, cergas dan aktif. Tetapi jika
glukosa tidak mencukupi dalam badan, maka seseorang akan menjadi tidak aktif,
otak mudah letih, malas, tidak berupaya menjalankan aktiviti seharian dengan
berkesan, kurangnya daya penumpuan dan produktiviti terjejas.
Jom,
mulakan perubahan ke arah tabiat untuk bersarapan pada setiap permulaan hari
anda.
Never Lose Hope...
No comments:
Post a Comment