Kita
sekarang merupakan bangsa manusia yang ‘meragut’ dan suka makan dengan cepat
tanpa memikirkan apa yang kita makan. Produk-produk ‘segera’, sudah kehilangan
nutrien dan khasiat yang seharusnya ada untuk keperluan kita. Sekalipun kita
cuba mengikut cadangan pakar pemakanan, tetapi adakah kita mampu untuk
memastikan semuanya mencukupi bagi kita.
Ramai
antara kita sudah mengetahui mengenai keperluan mengambil makanan tambahan sebagai
pelengkap kepada keperluan harian kita. Tetapi masalah yang timbul adalah
bagaimana hendak memulakannya. Lambakan produk-produk makanan tambahan di
pasaran menjadikan seseorang rambang mata untuk memilih apakah yang terbaik
untuk keperluan nutrien harian mereka.
Menurut
Dr Bruce Miller, beliau telah mencadangkan beberapa langkah untuk seseorang itu
memulakan program nutrisi. Saya merumuskannya seperti berikut:
1) Multi Vitamin dan Mineral
Ini
adalah produk pertama yang perlu dipertimbangkan. Ini kerana kita cuba untuk
menggantikan nutrien yang mungkin kurang atau tiada langsung dalam diet kita.
Banyak produk multi vitamin dan mineral di pasaran, namun adakah ia menepati
keperluan harian kita – Daily Value (DV) –
Apa
yang kita perlu tahu adalah bagaimana hendak membaca label pada pelekat multi
vitamin/mineral tersebut. Sekiranya kita dapat meneliti label tersebut,
sekurang-kurangnya kita dapat menyingkirkan banyak produk yang dicurigai di
pasaran. Yang saya maksudkan di sini adalah pada label setiap produk, terpapar
jumlah vitamin dan mineral yang dibekalkan bagi satu tablet. Jadi kita perlu
tahu, adalah jumlah vitamin dan mineral tersebut cukup untuk keperluan harian
kita.
Jika
ada kelapangan, saya akan berkongsi pula bagaimana hendak membaca label pada
pelekat multi vitamin/mineral.
2) Protein.
Protein
amat diperlukan oleh badan. Protein terdiri daripada unit-unit yang dikenali
sebagai asid amino. Lapan daripadanya terdiri daripada asid amino perlu.
Memilih tambahan protein berasaskan soya mempunyai banyak manfaatnya. Kita
boleh menambah minuman protein yang baik kualitinya pada diet biasa kita kerana
ia sangat mudah, selesa dan sihat untuk memastikan pengambilan protein optimum.
3) Vitamin C
Vitamin
C sangat penting kerana ia terlibat di dalam sekian banyak didang kesihatan.
Antara cara memilih vitamin C adalah:
- Ia menyediakan kira-kira 500mg setiap tablet.
- Pelepasan berlanjutan
- Mengandungi bioflavonoid, yang dibuktikan membantu vitamin C mempertingkatkan penyerapan dan melaksanakan tugas-tugasnya.
- Diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapannya.
4) B Kompleks
Terdapat
8 ahli dikenal pasti berada di dalam B kompleks. Untuk mendapat kesemuanya,
kita perlu memakan makanan yang pelbagai – bijirin, sayuran hijau, daging –
setiap satunya setiap hari. Makanan tambahan membantu kita memperoleh keperluan
harian B kompleks.
Seseorang
harus memilih B kompleks yang memenuhi keperluan berikut:
- Mengandungi keseluruhan 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.
- Enam daripadanya hendaklah wujud kira-kira 450% DV. Manakala asid folik dan biotin hendaklah wujud 100% DV berdasarkan RDA.
- Produk itu tidak mengandungi pewarna tiruan, perisa atau bahan pengawet.
- Ia merupakan vitamin yang larut air, maka ia seharusnya di dalam bentuk tablet.
5) Vitamin E dan Selenium
Keperluan
harian (DV) untuk vitamin E hanya 30 IU sahaja tetapi ramai penyelidik
mengesyorkan sekurang-kurang 400IU diperlukan untuk perlindungan daripada
pelbagai jenis penyakit. Untuk mendapatkannya, kita perlu mengambil 8 cawan
buah badam, 28 cawan kacang tanah dan 4 cawan biji bunga matahari.
Sumber
semula jadi akan dilabelkan d-alpha tocopheral manakala yang sintetik dl
alpha tocopheral atau 1-alpha tocopheral.
Selenium
dan vitamin E bertindak secara bersinergi dan setiap satunya menjadikan yang
lain lebih berkesan.
Apa yang ditawarkan oleh SHAKLEE..
Untuk
memulakan program nutrisi anda, SHAKLEE menawarkan makanan tambahan yang
memenuhi keperluan harian anda di samping menjadi pelindung anda.
1) Vita
Lea – Multivitamin dan Multimineral
2)
Energizing Soy Protein – ESP
3)
Sustained Release Vita-C Plus – Vitamin C and Citrus Bioflavonoids.
4) B
Complex with Folic Acid
5)
Vita-E Complex – Natural Vitamin E and Selenium with Grape Seed Extract.
Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah
Never Lose Hope...
Sy mkn vit c shaklee
ReplyDeleteTerbaik lah sis..^_^
ReplyDeleteTerima kasih singgah di sini.. Salam perkenalan..