Di dalam al-Quran, Allah subhanahu wa Ta’ala telah
menggambarkan beberapa peristiwa kedahsyatan hari Qiyamat. Setiap kita pasti
akan melaluinya. Gambaran-gambaran huru-hara hari Qiyamat adalah satu bentuk al-Tarhib
– ancaman dan peringatan – kepada manusia supaya memelihara diri
masing-masing di dunia. Terjadinya Qiyamat adalah tanda bermulanya kehidupan
seseorang di alam yang lain. Kehidupan yang sangat berbeza dengan kehidupan
dunia yang sementara. Justeru, carilah bekalan di dunia ini untuk menghadapi
perjalanan yang sangat panjang, yang tempohnya lebih panjang daripada umur kita
di dunia.
Marilah kita telusuri beberapa maksud firman Allah
subhanahu wa Ta’ala untuk iktibar kita bersama:
Allah memperingati kita supaya memelihara diri kita
dengan melakukan Amal Soleh:
Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (Qiyamat)
yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan
balasan tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak
dikurangkan balasannya sedikit pun. (al-Baqarah: 281)
Allah memperingatkan tentang
hari yang sangat besar:
Wahai umat manusia,
bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara
yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan)
itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan
tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak yang dikandungnya dan
engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk,
tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan. (Hajj:1-2)
Kemudian (ingatlah keadaan
yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat; Pada hari
seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta bapanya, Dan isterinya
serta anak-anaknya; Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu,
ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya
sahaja. (Abasa: 33-37)
(Sekiranya kamu tidak ditimpa
azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu
kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan
kanak-kanak menjadi tua beruban? (Al-Muzammil: 17)
Dan (pada hari kiamat) engkau
akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu
panggilan) (Al-Jathiya :28)
Di dalam beberapa hadith Nabi
salla Allah ‘alayh
wa sallam, ada juga menggambarkan betapa dahsyatnya peristiwa hari Qiyamat:
عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ:
تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْآيَةَ: {يَوْمَ يَقُومُ
النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ} [المطففين: 6] فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كَيْفَ بِكُمْ إِذَا جَمَعَكُمُ اللَّهُ كَمَا
يُجْمَعُ النَّبْلُ فِي الْكِنَانَةِ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، ثُمَّ لَا يَنْظُرُ
اللَّهُ إِلَيْكُمْ» هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الْإِسْنَادِ وَلَمْ يُخْرِجَاهُ
"
Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam membaca ayat: {يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ}
Pada hari ini (hari Qiyamat), berdiri manusia di hadapan Allah, pemilik seluruh alam (makhluk) (Surah al-Mutaffifin:6)
Pada hari ini (hari Qiyamat), berdiri manusia di hadapan Allah, pemilik seluruh alam (makhluk) (Surah al-Mutaffifin:6)
Kemudian Rasulullah salla
Allah ‘alayh wa sallam bersabda: “Bagaimana keadaan kamu sekalian, apabila
Allah mengumpulkan kamu dalam bekas panah selama 50,000 tahun. Dia tidak
melihat kepada kamu.” (HR al-Hakim).
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ جَابِرٍ،
حَدَّثَنِي سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ، حَدَّثَنِي الْمِقْدَادُ بْنُ الْأَسْوَدِ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ
الْخَلْقِ حَتَّى تَكُوْنَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيْلٍ، قَالَ سُلَيْمُ بْنُ
عَامِرٍ : فَوَاللهِ، مَا أَدْرِي مَا يَعْنِي بِالْمِيْلِ أَمَسَافَةَ اْلأَرْضِ
أَمْ الْمِيْلَ الَّذِي تُكْتَحَلُ بِهِ الْعَيْنُ، قَالَ : فَيَكُوْنُ النَّاسُ
عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِي الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُوْنُ إِلَى
كَعْبَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُوْنُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ
يَكُوْنُ إِلَى حَقْوَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يُلْجِمُهُ الْعَرَقُ إِلْجَامًا،
وَأَشَارَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ إِلَى فِيْهِ -
Nabi salla Allah ‘alayh
wa sallam bersabda: Didekatkan matahari pada hari Qiyamat di atas kepala
manusia seperti satu mil (Sulaim bin Amir (perawi hadith ini) berkata:
“Demi Allah, aku tidak tahu apa yang dimaksud dengan mil. Apakah ukuran jarak
perjalanan, atau alat yang dipakai untuk bercelak mata?”)
Nabi salla Allah ‘alayh
wa sallam bersabda: “Sehingga manusia terseksa dalam keringatnya sesuai dengan
kadar amalannya. (yakni dosa-dosanya).
Di antara mereka ada yang
keringatnya sampai kedua mata kakinya. Ada yang sampai kedua lututnya, dan ada
yang sampai pinggangnya, serta ada yang tenggelam dalam keringatnya.”
Rasulullah salla Allah ‘alayh
wa sallam memberikan isyarat dengan meletakkan tangan ke mulut beliau.” (HR
Muslim)
Jangan berputus harap kerana sebaik-baik harapan untuk kita di akhirat kelak adalah amal soleh kita..
JOM Beramal...
Never Lose Hope...
No comments:
Post a Comment