Wednesday, November 5, 2014

Cermin Keretaku Pecah, Mungkinkah kerana Pancaran Matahari?

Malam kelmarin tiba-tiba abang kalut-kalut panggil.. "Eh cermin kereta ko pecah tu..Pergi tengok". Dengar berbunyi cermin berderai sikit demi sedikit jatuh ke bumi. Haiyooo botak kepala bila cermin kereta belakang secara tiba-tiba pecah dan retak seribu. Alhamdulillah, ujian dari Allah. Betul-betul setelah 5 tahun berkhidmat dengan satu-satunya kereta kesayangan kami ini. Fining kepala lah..sebab dalam masa yang sama for sure bulan ni pun bulan renew roadtax kan.. ahaks. Relax, sudah sampai 'ajalnya'..^_^ Anda pernah lalui? Nak tahu kenapa punca cermin kereta boleh pecah sendiri? Jom lanjutkan bacaan anda.. 
Sebenarnya, situasi sebegini tidak pernah terjadi pada kami. Tapi, dapat agak juga beberapa kemungkinan yang mungkin boleh menjadi punca kenapa cermin kereta boleh pecah dengan sendirinya. 

Antara punca yang boleh menyebabkan cermin kereta anda pecah, seperti berikut:

1) Meletakkan kenderaan anda di kawasan terbuka di bawah sinaran matahari terik dalam keadaan tingkap semua tertutup rapat tanpa udara panas boleh keluar dari kereta anda. 

Apabila pintu dibuka, udara panas dari dalam kereta akan bertembung dengan udara sejuk yang memasuki kereta. Udara yang bertembung ini boleh menjadi punca kepada keretakan cermin kereta seolah-olah seperti besi panas yang disiram air. Begitu juga keadaan cermin yang sedang kepanasan. 

2)  Memandu ketika cuaca panas terik dengan memasang alat penghawa dingin. Namun, secara tiba-tiba membuka tingkap. Ini kerana udara sejuk dari dalam kereta keluar dan bertembung dengan udara panas dari luar yang boleh menjadi punca kepada keretakan cermin kereta lama kelamaan. 

3) Kereta dalam keadaan panas, terus simbah cermin dengan air untuk cuci kereta. Pastikan kereta anda dalam keadaan sejuk terlebih dahulu, baru cuci kereta.

4) Masuk kereta dan terus pasang air-cond. Sebaiknya, buka cermin tingkap terlebih dahulu, pastikan angin panas keluar dahulu baru switch on air-cond. 

5) Terkena serpihan batu atau apa saja yang boleh menjadi punca kepada cermin kereta anda retak. 

Oleh yang demikian, antara jalan yang terbaik untuk mengelakkan cermin kereta anda pecah dengan sendirinya secara perlahan adalah dengan meletakkan kenderaan anda di kawasan redup, di bawah pokok mahupun di kawasan parking berbumbung. Atau anda boleh menggunakan kalis pancaran matahari yang boleh diletakkan di hadapan cermin kereta anda.

Seandainya cermin kereta anda pecah, dapatkan khidmat insuran untuk rujuk samada anda boleh claim ataupun tidak. Kalau boleh claim, apa salahnya bukan? Sekurang-kurangnya membantu kewangan anda. 


Terima kasih..
Salam ukhuwah,
Ummu Hanan

11 comments:

  1. Saya pernah mengalami masalah seperti ini. Tetapi ianya pada cermin hadapan. Ketika itu kami dalam perjalanan sepulang dari membeli baranagan dan ketika di jlan cermin hadapan itu tiba-tuba pecah. Punca sebenar terkena batu yang teepelanting dari arah berlainan. Mujur tidak ada apa2 kejadian serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cermin depan lagi bajet tinggi kan Nila.. Haha musibah tanpa disangka..Alhamdulillah masa ni pun tgh kete kat rumah..Tak bwk pi mana..Tup2 tgk pecah sendiri..

      Delete
  2. tak pernah alami cermin pecah seluruh macam ni. pernah alami yang pecah setempat je sebab terkena batu yang terpelanting masa drive di highway. nasib baik ada tinted dan tak tembus walaupun retak agak dalam..
    Ketahui 10 Sebab Kenapa Patut Beri Meal Shakes Kepada Anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup memang pecah habis..macam reput je tgk cermin tu..hihi. Selepas 5 thn, dia mintak ganti lain tu..

      Delete
  3. Allah..dugaan..sabar ye,tak pernah lagi mengalaminya tapi pernah terjadi pada kawan2..

    ReplyDelete
  4. pengalaman kereta suami retak seribu,dan lepas tu pecah berderai..dah la masa tu tgah drive..tetiba ja pecah..nasib baik masa tu shida n anak dok belakang..

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi mengalami situasi macam ni.. tapi kena berwaspada selalu lakan.. bermacam kemungkinan boleh berlaku..

    ReplyDelete
  6. Kejadian sama baru berlaku kepada saya..dah la terjadi dalam minggu yg sama..cermin blakang kerete retak seribu,pastu batery habis at the same month rodtax expired...Sungguh dugaan

    ReplyDelete
  7. baru berlaku kepada saya hari ni...dah la baru raya...keta Mazda brapa ya klu cermin belakang

    ReplyDelete
  8. Tayar bocor roadtax habis tiba tiba cermin retak parking je semalam okay tiba2 pagi retak

    ReplyDelete