Jangan anda sangka hanya isteri sahaja yang perlu memikat hati suami. Namun, anda harus sentiasa menyedari bahawa isteri anda juga punya naluri hati dan keinginan sebagai manusia biasa yang sukakan dibelai, dicintai, diucap kata-kata sayang setiap masa.
Berikut merupakan antara tips yang mungkin boleh anda amalkan untuk memikat hati isteri anda yang mungkin jarang anda lakukan:
Tips pikat hati isteri 1# Ungkapkan selalu kata-kata sayang dan cinta, belai dan peluk selalu isteri anda.
Naluri wanita memang sukakan belaian kasih sayang dari seorang suami. Jangan anda pernah kata cukuplah sekadar anda menuturkan yang anda sayang tanpa iringin pelukan dan sentuhan anggota tubuh antara pasangan.
Saya yakin dan percaya isteri anda juga sukakan anda belai dan peluk mereka selalu lebih-lebih lagi ketika sedang gundah gulana dan keletihan.

Tips pikat hati isteri 2# Panggil isteri anda dengan panggilan manja seperti 'darling', 'ayang', 'anja' dan sebagainya.
Biasakan memanggil isteri anda dengan panggilan yang manja dan romantik seperti darling, ayang, anja dan sebagainya. Elakkan memanggil dengan nama sahaja. Semakin berbunga-bunga hati isteri anda apabila anda memanggil dengan panggilan yang lain dan istimewa daripada biasa.

Tips pikat hati isteri 3# Bantu ringankan beban dan tugasan mereka di rumah
Ringankan tangan anda untuk bantu isteri anda dalam urusan rumahtangga. Bukan bermaksud anda menjadi queen control kepada isteri anda tetapi membuatkan isteri anda terharu dan lebih menghargai diri anda sebagai suami anda.
Lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerjaya. Siapa bilang tidak letih apabila terpaksa menguruskan rumah tangga selain daripada urusan kerjaya? Letih bukan? Oleh yang demikian, sama-sama rasai keletihan isteri anda dengan membantu mereka di rumah. Isteri memasak, anda menguruskan anak-anak. Kan seronok begitu?
Tips pikat hati isteri 4# Puji isteri anda selalu, tegur dengan kata-kata yang baik dan tidak mengguris hati
Wanita mana yang tidak sukakan pujian. Semua isteri suka dan inginkan pujian dari suami mereka sendiri. Apalah salahnya anda memuji isteri anda sendiri yang berhempas pulas membantu meringankan bebanan anda sekeluarga. Tak luak pun!

Tips pikat hati isteri 5# Pikat dan tawan hati isteri anda di ranjang
Bab ini yang kadangkala suami terabai. Sebahagian suami hanya mementingkan kepuasan mereka sendiri sahaja di ranjang sedangkan isteri juga perlukan kepuasan terbaik sama seperti suami perlukan.
Jangan abaikan tips ini kerana apabila isteri anda merasa tidak puas ketika di ranjang sebenarnya ia mengganggu emosi mereka seharian. Tak percaya? Bincang dengan isteri anda, tanya pendapat isteri anda apa yang mereka sukakan ketika di ranjang.
Ambillah makanan tambahan yang boleh membantu memberikan kepuasan kepada anda dan isteri anda sekaligus. Jangan hanya mengharapkan isteri menjaga keintiman mereka sendiri sahaja, sedangkan anda tidak!
Cukup sekadar 5 tips ini untuk anda benar-benar memikat hati isteri anda sendiri. Selamat mencuba dan selamat berjaya!
Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan

=======================
Hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee:
Puan Nor Hafizah Shahtir
Id Number: 946651
Facebook: Nurkids Babywear Full
Page: Nurkids2u Healthcare
SMS/What'sapp : 019-3405054
Ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan penjimatan 15%-30% setiap belian?
(Klik di sini):
============================
Betul tu...kadang kita juga sebagai isteri ingin dibelai dan dimanja..info berguna utk kebahagiaan bersama
ReplyDeleteSelalu kita baca tips pikat hati suami. Sesekali tu nak jugak dipikat kan. Asyik kena memikat je..
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI
Yg penting, teruskan bercinta dalam perkahwinan hehehe inilah masanya dating secara halal dan sepenuh hati
ReplyDeleteTips yg brguna...tq atas perkongsian...
ReplyDeleteSekilas baca eh tajuk yang sama ke.. rupanya terbalik pula. Suami pikat isteri. Hehe. Syukur dapat suami yang rajin tolong di dapur :)
ReplyDeleteInfo berguna untuk suami...hehe
ReplyDeleteIDAMAN SETIAP WANITA
ida jenis tak reti luahkan perasaan.. tapi syukur jg la suami blh tolong dlm jg anak2 seperti tolong mandikan, basuh poo poo, tlg tidurkan anak dan lain2 la..
ReplyDeleteNUTRISI PENTING UNTUK OTAK KANAK-KANAK SEDANG MEMBESAR
Dr.Fadilah Kamsah kata suami kena ucap sayang kpd isteri 3x sehari baru isteri xkan tanya "Abang sayang ayang x..?" hehehe
ReplyDeleteKena tunjuk kat suami ni.. Huhuhu
ReplyDeletePertambahan Berat Badan Ketika Hamil
Tips ni patutnya suami yg baca..baru dia alert
ReplyDelete