CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semula
jadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun ia
lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan
tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hat, buah pinggang dan
pankreas berfungsi.
CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan
tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel
tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini
kemudian terurai dan ditukarkan kepada tenaga dan proses tersebut memerlukan
kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang
beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya
membolehkan organ-organ tubuh yang lain berfungsi bagi membekalkan aliran
tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat berfungsi dengan
baik bagi menyokong kehidupan.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot
jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan membaiki peredaran darah ke
seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang
menyumbang kepada paras tekanan darah sihat atau normal.
Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan
kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan
lipoproteris berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. ini
penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran
darah ke jantung.
Berapa jumlah pengambilan dietary Coenzyme Q10 yang kita
perlukan?
Pengambilan dietary harian membantu memelihara paras CoQ10
dalam tubuh, namun jumlah yang diambil daripada makanan selalunya kurang
daripada 10mg sehari. sila lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di
dalam makanan yang biasa kita ambil:
Tambahan lagi, keupayaan tubuh untuk menghasilkan CoQ10
menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian, tubuh berupaya
menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20
tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan
sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.
Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan
terhadap radikal bebas dan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi
merendahkan kolesterol boleh mengurangkan CoQ10 di dalam tubuh. Justeru,
pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap
selular yang penting di dalam tubuh kita.
DAPATKAN COQHEALTH PLUS DARIPADA KAMI UNTUK MEMBANTU JANTUNG ANDA BERTENAGA..
Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee dengan harga menarik
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes hanya dari rumah, jana income sehingga 6 angka
COD FREE: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.
Never Lose Hope...
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment