Pernah dengar tak tonsil di kalangan kanak-kanak? Jangan tak tahu, walaupun peratusan tonsil berlaku di kalangan kanak-kanak, namun ianya tetap wujud walaupun peratusannya sangat kecil..
Hari ini, tiba-tiba teringin berkongsi bersama anda semua berkaitan masalah tonsil di kalangan kanak-kanak. Apa sebenarnya punca nya? Apakah kemungkinan risiko dan kesan kepada masalah tonsil ini..
Saya masih ingat beberapa bulan lalu sewaktu saya masih baru lagi sebagai Shaklee Independent Distributor, seorang sepupu saya menghubungi melalui facebook, "Fiza, anak aku kene tonsil la..Ada tak supplement Shaklee untuk mengurangkan dan mengatasi masalah tonsil ni.. Risau la.. Baru ni dah bawa pi klinik, doktor inform kalau tak berkurang juga, berkemungkinan untuk ditahan wad dan jalani pembedahan..Dia takde selera makan, menangis je.."
Ibu mana yang tak risau kan bila anak jatuh sakit. Kalau boleh, biarlah kita yang menanggung kesakitan daripada anak yang meraung menahan kesakitan bukan? Apatah lagi untuk membiarkan anak-anak ditahan di hospital sekaligus membiarkan untuk dibuat pembedahan.. Mana mungkin bukan?
Waktu tu sejujurnya saya tak tahu apa sebenarnya penyakit tonsil ini secara tepat. Cuma yang saya tahu, tonsil ni berkaitan dengan penyakit di dalam mulut. Dan sejujurnya saya tak tahu nak suggest kan supplement apa yang paling sesuai. Mana tidaknya, baru saje memulakan bisnes Shaklee ini dan banyak sangat ilmu yang masih saya belum dalami. Apatah lagi, anak kecil yang baru berusia setahun lebih. Takkan nak suggest sebarangan produk saja kan? Orang dah minta bantuan, takkan kita nak biarkan saje kan? Saya cuba google serba sedikit berkaitan tonsil ni.
Beginilah antara bayangan tonsil di dalam mulut.. Owch, sangat sakit! Patut lah hilang selera makan.. Bayangkan kalau kanak-kanak yang alami situasi sebegini..
Apa sebenarnya punca dan simptom terjadinya tonsil ini? Jom teruskan bacaan anda..^_^
Antara PUNCA berlakunya tonsil adalah disebabkan:
1) Jangkitan virus
2) Jangkitan bakteria (15% sahaja punca dari bakteria)
Pada hakikatnya, setiap manusia mempunyai 2 kelenjar yang disebut sebagai tonsil iaitu terletak di sebelah kiri dan kanan rongga mulut atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria memasuki saluran pernafasan, sekaligus menjadi salah satu sistem pertahanan badan manusia. Namun, kadangkala tonsil gagal bertindak untuk memainkan peranannya dalam melawan jangkitan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami keradangan atau inflamasi yang disebut tonsilitis yang boleh menyebabkan tonsil membengkak dan mampu mencapai saiz yang besar lalu menghalang saluran makanan dan pernafasan.
Apakah SIMPTOM-SIMPTOM penyebab kepada berlakunya tonsil?
1) Demam
2) Batuk
3) Selesema
Demam, batuk dan selesema mampu mengundang kepada jangkitan virus mahupun jangkitan bakteria. So, ia akan menjadi punca kepada terjadinya masalah tonsilitis ini.
Antara GEJALA radang tonsil ialah:
1) Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2) Tidak boleh menelan atau terasa sakit ketika menelan.
3) Demam yang berpanjangan dan kadangkala suhu tinggi.
4) Sakit kepala
5) Sakit-sakit badan
6) Suara garau atau hilang suara
7) Kadangkala bengkak pada leher
8) Mulut berbau busuk
9) Berdengkur ketika tidur
Pada kebiasaannya, apabila keradangan tonsil menjadi semakin serius atau berlarutan mahupun berulang berkali-kali sepanjang tahun, doktor akan mencadangkan agar dilakukan pembedahan untuk membuang tonsil.
Nah, rupanya masalah keradangan tonsil ini berpunca daripada jangkitan virus dan jangkitan bakteria yer. Demam, batuk dan selesema kebiasaannya mampu mengundang kepada jangkitan virus dan bakteria ini..
Berbalik kepada al-kisah anak sepupu saya tadi..Saya google juga apakah sebenarnya rawatan yang diperlukan untuk mengawal radang tonsil ini. Hasil carian saya mendapati bahawa kebanyakan supplement yang diperlukan untuk mengatasi masalah tonsil ini semuanya terkandung dalam kandungan Mealshake Shaklee. Apalagi, terus mencadangkan Mealshake untuk anak buah..
Hasilnya..Taraaaa..Alhamdulillah..^_^
Selain itu, anda juga boleh add on dengan Nutriferon Shaklee. Nutriferon ini turut berfungsi meningkatkan sistem imun badan. So, Nutriferon ini dapat melawan virus dan bakteria yang menjadi punca kepada terjadinya radang tonsil.
Saranan pemakanan yang sesuai bagi pesakit radang tonsil:
1) Makan makanan yang lembut seperti bubur
2) Banyakkan minum air kosong
Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah
COD FREE: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.
Never Lose Hope...
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment