Thursday, October 26, 2017

4 Ciri Istimewa Energizing Soy Protein Shaklee

ciri istimewa energizing soy protein ESP Shaklee
Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee.

Siapa yang masih belum mengenali Energizing Soy Protein atau singkatannya ESP? Siapa yang masih tertanya apakah sebenarnya minuman ESP ni? Untuk apakah ia? Apakah keistimewaan ia sehingga ia sering disebut-sebut oleh kebanyakan penggunanya?

Mari saya kongsikan dengan anda semua apakah sebenarnya ESP ini. Moga ianya membuka minda anda semua tentang kebaikan dan keperluan protein soya kepada anda. 

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan atau lebih tepatnya protein dari soya.

Sumber protein terbahagi kepada dua iaitu :
  • Protein haiwan
  • Protein tumbuhan

Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai protein haiwan dan tumbuhan ini. Namun, artikel ini ingin saya bawakan kepada anda tentang ciri-ciri istimewa Energizing Soy Protein yang tiada pada protein soya yang lain. 

Apakah ciri-ciri istimewa tersebut? 


Ciri-ciri istimewa Energizing Soy Protein saya boleh simpulkan kepada 4 ciri iaitu :

ciri istimewa energizing soy protein ESP Shaklee

1. Soya bukan-GMO


Tahukah anda? 

Soya terbahagi kepada dua iaitu :
  • Soya GMO
  • Soya bukan-GMO

Apakah soya GMO dan bukan-GMO?


Soya GMO merupakan soya yang telah diubahsuai dari segi genetiknya. Kebiasaannya, proses ini dilakukan dengan menggunakan bahan kimia untuk memastikan soya yang ditanam lebih tahan serangan penyakit.

Namun, harus anda ketahui bahawa soya GMO boleh mendatangkan risiko penyakit pada masa depan. 

Soya ESP merupakan soya bukan-GMO iaitu tidak melalui proses pengubahsuaian genetik. Ia merupakan soya yang ditanam melalui proses semulajadi dengan pemantauan ketat. 


2. Kadar Indeks Glisemik yang Rendah


Soya ESP mempunyai kadar glisemik indeks yang rendah iaitu 39. Ia sangat sesuai diambil untuk semua peringkat usia termasuk pesakit diabetes dan ibu hamil yang mempunyai masalah diabetes. 

ciri istimewa energizing soy protein ESP Shaklee

3. Dicuci menggunakan air


Ramai yang tidak tahu sebenarnya kebanyakan soya dicuci dengan menggunakan alkohol. Alkohol bukan hanya haram bagi kita umat Islam tetapi ia memberi kesan kepada penghasilan soya yang terbaik.


Bagaimana ia memberi kesan?


Soya yang dicuci menggunakan alkohol boleh menghilangkan manfaat Isoflavon yang ada pada soya. 

Apabila manfaat Isoflavon sudah tiada, maka ia juga tidak lagi berfungsi untuk merendahkan tahap kolestral, menghindarkan risiko osteophorosis serta mengelakkan masalah serangan jantung.


ciri istimewa energizing soy protein ESP Shaklee

4. Kualiti dijamin


Shaklee amat menitikberatkan kualiti soya yang dipasarkan bermula dari pembenihan sehinggalah kepada proses pembungkusan.

Soya ESP tidak mengandungi sebarang pewarna, pengawet atau perisa tiruan. Ia merupakan soya dengan perisa semulajadi. 

Malah, soya Shaklee juga dikawal ketat menggunakan pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). 

IPP ini bertindak untuk memastikan soya ESP benar-benar tidak terlibat dengan proses GMO serta dijaga kualiti produknya bermula ia ditanam sehinggalah ia dipasarkan. 

Sekadar ini sahaja perkongsian saya tentang Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee ini. Saya harapkan anda lebih terbuka dan membuka mata tentang ciri-ciri ESP yang mungkin sebelum ini anda sendiri tidak maklum. 

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua serta memilih hanya yang terbaik daripada yang terbaik kerana soya ESP telah dihasilkan formulasinya sejak tahun 1961 lagi. 

Sekian sahaja, insyaAllah masa akan datang saya akan berkongsi bersama anda tentang kebaikan dan manfaat ESP pula kepada kita semua. 

Terima kasih dan selamat malam..

No comments:

Post a Comment