Saturday, October 28, 2017

Pahit Manis 4 Tahun bersama Shaklee

Tanggal 4 Ogos 2013.

Tarikh itulah saya sah mendaftar sebagai ahli Shaklee 4 tahun yang lalu. Waktu itu langsung tak terfikir apa susunan perjalanan hidup kami. 

Nak tahu tak apakah asal penyebab saya join Shaklee? Adakah sekadar ingin mencuba? Atau mungkin sekadar mengisi masa lapang? Atau sekadar menambah bisnes yang ada ketika itu? 


Saya masih teringat 4 tahun lalu saya sudah mempunyai bisnes online sendiri yang diusahakan sejak tahun 2011. Macam-macam saya jual. Baju menyusu brand Aqeela, baju kanak-kanak, permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi. 

Saya memulakan bisnes online pada tahun 2011 selepas excited bersalin anak sulung. Faham jela bila ada anak ni semua barang excited nak beli.

So, saya beranikan diri mula berniaga online sedangkan waktu itu teramat sedikit mereka yang menjalankan perniagaan secara online. 

Tahun 2013, apabila gelombang Shaklee berkumandang di sana sini, saya antara yang tertanya-tanya dan tertarik dengan bisnes Shaklee.

Mungkin kebanyakan orang mula menjalankan bisnes Shaklee selepas berjaya dan berpuas hati mengamalkan produk Shaklee itu sendiri. Namun, tidak bagi saya. 

Tujuan saya sign up sebagai ahli Shaklee jelas! Saya nak buat bisnes. Ya buat bisnes walaupun saya sendiri tak pernah makan pun produk Shaklee sebelum ini. 

Asalnya saya mahu memperbanyakkan cabang bisnes saya. Jual baju menyusu, baju baby, permainan anak-anak, tambah dengan Shaklee lagi.

Namun, lain pula yang terjadi! 

Saya sign up sebagai ahli Shaklee pada ketika itu dengan hanya bermodalkan yuran keahlian sebanyak RM65. 

Bulan pertama join, saya layak dapat bonus lebih kurang RM20 ketika itu melalui cheque (ke mana yer cheque tu..huhu).

Bulan kedua join, sepatutnya saya layak dapat RM200.. Tapi, sedihnya saya cuma dapat RM100 sahaja sebab kelalaian saya mengisi form order di HQ Empire Gallery ketika itu lantas membuatkan staff key in nombor I'd yang berbeza yg sepatutnya I'd saya 946651, namun belian dibuat atas pemilik I'd 946657..

Ralat sangat ralat! 

Namun, kesedihan saya ketika itu diganti dengan satu nikmat yang tidak terhingga pada bulan seterusnya iaitu rank up sebagai Supervisor pada bulan Oktober 2013 dengan bonus sebanyak RM2000.

Wow kan? 

Dengan modal cuma RM65 ketika itu ia digandakan sehingga RM2000! Bermula dengan bonus RM20 menjadi RM2000.

Dari Supervisor, saya punya impian untuk rank up lagi dan lagi. Alhamdulillah, pada Januari 2017 saya rank up sebagai Senior Supervisor. Ya Allah detik yang saya tunggu setelah sekian lama.

Kenangan manis terlalu banyak untuk dilakarkan ketika bersama Shaklee.

Namun, disebalik kemanisan terselit ujian dan kepahitan yang selama ini ku lalui tiada siapa pun tahu.

Pasang surut bisnes sentiasa ada. Mehnah cabaran bisnes tetap ada di mana-mana. Saya juga tidak terkecuali dari menerima ujian dariNya.

Pada tahun 2015, kami diuji apabila suami menghadapi masalah pekerjaan. Kami struggle besarkan anak-anak dan tampung kehidupan. 

Saya menjadi tulang belakang suami bantu dia sehabis baik menguruskan soal kewangan disamping struggle membangunkan bisnes sehingga kini.

Kami berdua lebih selesa ke mana-mana dengan motosikal. Bukan hanya untuk jimatkan kos minyak dan tol, tapi untuk cepatkan urusan.

Tapi, ada ketika kesedihan tidak dapat lari apabila terpaksa berpanas berhujan dalam mencari rezeki. 

pahit manis bersama shaklee
Wefie ketika menanti hujan lebat berhenti

Saya masih ingat ketika ini, kami berdua duduk di tepi jalan sambil menunggu hujan lebat berhenti selepas buat belian di HQ Shaklee. Orang lain mungkin boleh enak berteduh di dalam kereta. Tetapi kami tidak. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menahan kesedihan yang suami saya sendiri pun tak perasan..

Saat kami diuji aku berdoa, "Ya Allah, Kau gantikanlah kesusahan kami ini dengan sesuatu yang lebih baik dan hebat satu hari nanti.."


Foto ini saya rakamkan pada 26 Februari 2016. Ketika ini kami diuji ayah mertua sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Tiada siapa yang boleh bawa ayah mertua ulang-alik ke hospital. Lantaran itu, saya izinkan suami saya berbakti kepada kedua orang tuanya di kampung.

Alhamdulillah sepanjang sebulan suami ulang-alik ke kampung, order mencurah-curah. Banyak COD yang saya perlu penuhi. Segalanya saya buat sendirian. Pergi HQ, pos barang, COD barang.

Ketika ini lewat malam.. Ada beberapa COD saya perlu selesaikan ketika itu. Saya terpaksa menghantar semua order sendirian bersama Hanan. Keletihan, kepenatan itulah Hanan ketika itu. Terima kasih Hanan kerana banyak membantu Ummi!

Ummi akan balas keletihan Hanan dengan sesuatu yang bakal Hanan banggakan satu hari nanti.

pahit manis bersama shaklee

Pernah beberapa bulan lalu kereta kami rosak hampir sebulan di dalam bengkel. Sifat suami dia tak mahu pinjam kereta orang lain. Biar lah kami susah ke sana ke mari dengan motosikal sahaja walaupun terpaksa bersama anak-anak.

Saya masih ingat, ketika itu saya bawa Muaz menggunakan carrier dengan motosikal bersama suami selesai urusan di HQ Shaklee. Air mata saya menitik dalam perjalanan pulang kerana terpaksa bawa Muaz menaiki motosikal. Berulang-kali saya lafazkan maaf kepada Muaz.

Pulang dari HQ, Muaz terus demam panas. Hanya Allah yang tahu betapa menangisnya hati saya ketika itu. 

Bisnes Shaklee banyak mengajar kami erti kesabaran. Banyak mengajar kami erti kebergantungan kepada Allah swt. 

Saya bersyukur punya suami yang tak banyak merungut malah sering menjadi penguat saya apabila diuji. Suami yang banyak beri sokongan dan bantuan sepanjang saya menjalankan bisnes Shaklee tanpa mengharapkan apa-apa sekalipun.

Bersyukur punya suami yang tak pernah lokek untuk membantu. 


Masih teringat pada Ramadan yang lalu, suami bonceng motosikal dalam keadaan panas terik dari Klang menuju ke Kuala Lumpur dengan perjalanan mengambil masa 1 jam lebih untuk menghantar Vivix. 

Tuptup apabila sampai di lokasi customer, customer cancel order. Allah, saya tak tahu macam mana perasaan suami saya ketika itu pulang dengan tangan kosong biarpun riak wajahnya tidak meluahkan kemarahan, kekesalan, keletihan malah katanya "Takpe Allah nak bagi rezeki lebih baik.."

Begitulah teman-teman dalam menjalankan bisnes. Membangunkan bisnes bukan mudah..

Artikel ini bukan menagih simpati sesiapa. Artikel ini bukan mengharapkan anda kasihan pada kami dan anak-anak. No saya tidak mengharapkan itu semua!

Tetapi, artikel ini saya tulis dari hati saya yang dalam supaya ianya memberi motivasi kepada anda semua untuk sentiasa berusaha ke arah kejayaan hidup yang lebih baik. 

Jangan pernah putus asa! Jangan pernah lemah semangat dengan apa yang anda sedang lakukan. 

Saya seperti anda sedang membina kejayaan saya sendiri biarpun saya tahu perjalanan itu payah dan sukar. Namun, saya tetap akan teruskan kerana saya yakin Shaklee mampu memenuhi segala impian kami. 

Kawan-kawan, usahlah merungut andai kini anda tidak mempunyai kereta besar, motor besar dan laju, tiada iPhone, tiada computer riba yang ringan.

Namun, usahakanlah dengan apa yang ada di depan mata anda semua. Gunakanlah apa yang ada di depan mata anda semua dahulu. 

Kami cuma ada motor lama, tapi, motor itulah yang banyak berjasa buat kami. Motor itulah yang menjadi wasilah untuk kami mencari rezeki. 

Bangkitlah ibu-ibu yang sedang mencari rezeki buat anak-anak. Bangunlah dari lena untuk berusaha ubah kehidupan. Usah banyak merungut, tapi banyakkan bekerja. 

Apa yang kita lakukan kini bukan untuk siapa, untuk anak-anak kita juga. Apa yang saya lakukan kini, bukan semata untuk saya tetapi untuk wajah-wajah ini yang menjadi penguat semangat saya. 


Ummi sayang kalian sangat-sangat, dunia akhirat

Saya seronok dengan apa yang sedang saya usahakan kini. Sekalipun saya tidak pernah menyesal apabila Alalh lorongkan jalan ini. 

"Ya Allah aku memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan kepada kami dalam membina kejayaan kami sendiri. Aku mahu bantu ramai lagi ibu-ibu kecapi kejayaan mereka juga. Aku mahu bantu ramai lagi ibu-ibu yang sedang terhimpit dengan kehidupan juga. Kau datangkanlah mereka-mereka yang mempunyai semangat yang tinggi untuk mengubah kehidupan agar kami sama-sama menjadi hambaMu yang memberi manfaat kepada ummah.."  

Saya mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mengubah kehidupan kami. Marilah ibu-ibu berganding-bahu bersama saya mencipta kejaayaan anda juga.

Sekarang, saya bangga biarpun saya hanya surirumah yang bekerja dari rumah, namun saya buktikan saya juga mampu mempunyai income tetap bulanan 4 angka dengan Shaklee. Doakan saya boleh capai income 5 dan 6 angka kawan-kawan.

Terima kasih teman-teman meluangkan masa membaca kisah ini. Moga ianya memberi inspirasi kepada anda semua dalam membina kejayaan anda sendiri. 

No comments:

Post a Comment