Tuesday, October 17, 2017

Tips Latih Anak Selesa Dengan Stroller dan Carrier

cara ajar anak suka stroller dan carrier
Anak tak mau duduk dalam stroller, carrier mahupun carseat? 

"Adoiii susahnya nak ajar. Jenuh! Menangis-nangis, meronta-ronta minta dilepaskan. Kenapa yer anak saya tak mahu guna stroller dan carrier? Adakah saya seorang melalui dilema ini?"

Haaa saya yakin dan percaya anda mesti sedang mengalami situasi ini? Macam-mana sebenarnya cara nak atasi? Macam mana sebenarnya nak bagi anak selesa dengan stroller, carrier mahupun carseat? Meh sini saya nak kongsi tips dan cara dengan anda.

Saya tergerak hati untuk sama-sama berkongsi dengan anda semua tentang cara membiasakan anak menggunakan stroller, carrier dan carseat apabila akhir-akhir ini melihat ramai dari kalangan ibu-ibu yang sedang menjual semula stroller, carrier mahupun carseat mereka dengan sebab "Baru 2x pakai, anak tak mau duduk. Baru 1x pakai, anak tak suka".

Sayang! Kadangkala saya lihat stroller atau carrier yang dibeli dah sangat bagus dengan harga ratusan dan kadangkala ribuan ringgit. Carrier Ergonomic sebagai contoh yang sememangnya direka untuk menjamin keselesaan anak.

Sebenarnya, pandangan ini silap! 

Kenapa silap? Sebenarnya ibu-ibu, harus anda faham bahawa stroller, carrier mahupun carseat merupakan 1 benda baru atau 1 'dunia' baru bagi anak-anak. 

cara ajar anak biasa dengan stroller dan carrier

Kebiasaannya, bila kita sedang mengalami 1 fasa atau situasi baru, kita juga rasa tak selesa bukan? Kita juga mengambil masa untuk menyesuaikan diri bukan? So, don't expect anak anda pun terus selesa pada cubaan kali pertama! 

Bagaimana kita lakukan untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu benda baru dalam hidup kita? Praktis? Cari something yg buat kita tenang dan selesa? Cakap pada diri I can do it? Ini antara cara nya bukan? 

Begitu juga dengan anak-anak. Mereka juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru dalam hidup mereka. 

Saya juga mengalami situasi anak menangis apabila kali pertama dimasukkan ke dalam carrier atau stroller. Dan saya yakin semua ibu turut mengalami situasi yang sama. 

Hakikatnya, kita perlu ajar mereka, latih mereka, biasakan mereka dengan situasi tersebut terlebih dahulu. 

cara ajar anak suka stroller dan carrier
Ahmad Muaz siap tidur lena lagi bila dalam stroller. Carrier pun sama biasanya cuma takde foto dia tidur lena dalam carrier

Bagaimanakah tips untuk latih anak selesa dengan stroller, carrier atau carseat? 


Ada beberapa cara yang saya lakukan kepada anak-anak saya sewaktu pertama kali menggunakan stroller dan carrier antara nya :
  • Ibu perlu tenangkan diri dan selesakan diri sendiri terlebih dahulu. Ibu juga perlu bersedia dengan situasi tersebut. Anak anda boleh merasai ketidakselesaan anda sendiri ketika menggunakan carrier.
  • Sebelum masukkan anak dalam stroller mahupun carrier, cakap-cakap dengan anak anda. Tenangkan mereka dahulu.
  • Seandainya anak anda menangis apabila diletakkan, itu normal! Alih perhatian mereka, pujuk mereka, cakap-cakap lagi dengan mereka. 
  • Tak mahu kalut dengan tangisan buat kali pertama menggunakan stroller yang mungkin boleh mengganggu orang lain? Anda boleh cuba ajar menggunakan stroller bermula di tempat-tempat yang tidak terlalu sesak seperti taman dan sebagainya.
  • Andai tangisan masih belum berhenti, angkat mereka, peluk, cakap-cakap dengan mereka kenapa anda perlu letakkan mereka di dalam stroller, carrier atau carseat. 
  • Kemudian, cuba lagi untuk masukkan semula dlm carrier, stroller mahupun carseat.
  • Sediakan mainan yang mereka gemari untuk mengalih perhatian mereka daripada tangisan kepada bermain.
  • Andai tidak berjaya juga cubaan anda buat kali pertama, kedua dan ke-3, teruskan lagi! Ulang, ulang dan ulang. InsyaAllah 1 hari mereka akan faham dan mula menyesuaikan diri dengan stroller dan carrier tersebut.
  • 1 lagi tips, anda mesti yakin dan percaya kepada anak anda. Berikan kepercayaan kepada mereka. Bisik dengan mereka yang anda yakin mereka boleh selesa dengan stroller atau carrier. 

Jangan berputus asa ibuayah! Anda baru cuba 1-2 kali anda sudah give up? Seandainya anda sudah mencuba 100x tetapi anak anda masih tidak mahu, itu seharusnya baru anda mengambil langkah surrender. 

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda yang sedang berusaha latih anak menggunakan stroller dan carrier. Yang penting, don't give up! Anak anda akhirnya pasti suka..

Good luck!!!

No comments:

Post a Comment