Sunday, October 29, 2017

Hari Santai Keluarga Oktober 2017

hari santai keluarga abah Oktober 2017
Hari Tautan Kasih geng Ola-Oli Cikebom..

Ecehhh hari tautan kasih gitu..hihi. Actually, saya merupakan anak ke-4 daripada 10 orang adik-beradik. 7 lelaki dan 3 perempuan. 7 orang telah mendirikan rumahtangga dengan bilangan cucu mak dan abah seramai 9 orang. 

Apa yang seronoknya adik-beradik ramai ni yer? Alhamdulillah cukup seronok bila masing-masing dah punya keluarga sendiri ni. Ahli keluarga semakin besar dan bertambah. 

Bila adik-beradik ramai ni, masing-masing punya idea untuk rapatkan hubungan antara ahli keluarga. 

Sebab itu lah setiap bulan kami akan adakan 1 hari untuk berkumpul. Masak-masak, makan-makan, tukar-tukar menu. 

Alhamdulillah, semalam dapat la Ber BBQ di rumah abang yang sulung. Almaklum la laman belakang rumah abang luas. So, kami jadikan port untuk Ber BBQ.

Riuh la masing-masing di tambah dengan suara anak-anak lagi. Seronok tengok anak-anak seronok. 

Disamping makan-makan, kami kebiasaannya turut mengadakan solat secara berjemaah, bacaan yasin, solat hajat dan juga doa selamat. 

hari santai keluarga abah oktober 2017
Sebelum bacaan doa selamat bermula

Malah, ketika berkumpul ini juga lah kami adakan sambutan hari lahir bagi mereka yang sambut kelahiran pada bulan tersebut. 

So, semalam raikan la sambutan hari lahir anak-anak abang sulung, kakak Nur Iffah Batrisyia, abang Haffiy Faham dan adik Hadif Faqih yang tarikh lahir masing-masing jatuh pd 19, 21 dan 22 Oktober. Cun betul susunan tarikh lahir anak-anak abang.
hari santai keluarga oktober 2017

hari santai keluarga oktober 2017

hari santai keluarga abah oktober 2017

Memang kekenyangan sungguh la. So, tak mahu cakap banyak. Jom follow pic yang sempat rakan ni okey..

hari santai keluarga abah oktober 2017

hari santai keluarga oktober 2017

hari santai keluarga abah oktober 2017

hari santai keluarga oktober 2017

hari santai keluarga abah oktober 2017

Moga hubungan kekeluargaan kami adik-beradik sentiasa kekal utuh hingga ke syurga, insyaAllah ameenn.

Hari Santai Keluarga,
29 October 2017 (Sabtu)
Laman rumah abang Zam

No comments:

Post a Comment