Sesi urutan siapa la tak suka kan? Kadangkala sambil diurut, sambil ter lena dibuatnya.
Apatah lagi apabila urutan di SPA dengan suasana yang menenangkan dan menyegarkan.
Begitu juga urutan ketika hamil. Aduhhh sedap nya rasa badan kan? Adakah boleh urutan ketika hamil?
Ya, urutan ketika hamil adalah dibolehkan asalkan tidak membuat urutan di sekitar perut dan bahagian peranakan.
Selain daripada ini, kita masih lagi boleh untuk berurut dengan kepentingan dan manfaatnya yang tersendiri.
Apakah Faedah Urutan ketika Hamil
Antara faedah urutan ketika hamil adalah seperti berikut :
- Meningkatkan peredaran darah dalam badan. Apabila aliran darah lancar, bacaan HB juga akan menjadi semakin baik serta mengelak daripada masalah migrain.
- Mengurangkan rasa tegang di bahagian otot tertentu seperti kaki, leher dan sebagainya
- Mengurangkan sakit belakang akibat tekanan di bahagian hadapan badan yang semakin membesar.
- Memperbaiki corak pernafasan yang sangat membantu ketika bersalin
- Mengurangkan kesakitan semasa proses bersalin.
Itu lah dia antara beberapa faedah urutan ketika hamil. So, jangan risau lagi okey!
No comments:
Post a Comment