Wednesday, September 19, 2018

5 Tips Memilih Pakaian yang Sesuai ketika Hamil

Siapa kata ibu hamil tidak perlu memilih pakaian yang sesuai dan betul ketika hamil?

Hakikatnya, biarpun hamil anda tetap perlu mementingkan pemilihan pakaian yang sesuai dan betul. 

Jom kita teruskan bacaan supaya anda juga antara ibu hamil yang tetap mementingkan kesesuaian dalam berpakaian ketika hamil.


Apakah tips pemilihan pakaian yang sesuai ketika hamil? 

Antara tips pemilihan pakaian yang sesuai ketika hamil adalah seperti berikut : 
  1. Pilih pakaian yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh secara keterlaluan. Almaklum perut ketika hamil bukan boleh sorokkan? Elakkan pemakaian terlalu ketat.
  2. Pilih pakaian yang selesa di pakai dari segi material kerana hormon ketika hamil sedikit berbeza dan badan lebih terasa hangat/panas akibat daripada perubahan hormon ini
  3. Tidak memakai seluar atau pakaian yang ketat di bahagian perut sehingga boleh menekan bahagian perut anda.
  4. Selain daripada pakaian, pemilihan kasut yang sesuai dan selesa juga penting anda titikberatkan
  5. Pastikan pakaian anda menutup surat bagi wanita muslim


Ini lah di antara tips pemilihan pakaian yang sesuai ketika anda hamil. 

Tidak salah untuk anda menggayakan apa-apa fesyen sekalipun tetapi biar lah ia sesuai dan selesa sepanjang kehamilan anda. 

No comments:

Post a Comment