Monday, September 10, 2018

Bercuti bersama Anak-Anak dengan Perkhidmatan Komuter LRT Satu Pengalaman Menyeronokkan!

Sempena dengan cuti Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agung hari ini, kami suami isteri ambil kesempatan untuk bawa anak-anak berjalan ke KLCC dengan menggunakan perkhidmatan Komuter dan LRT.

Sebenarnya bukan tak boleh ke KLCC dengan menaiki kereta. Tapi hari ni saja je nak beri anak-anak pengalaman baru menggunakan perkhidmatan awam Komuter dan LRT.


Kami memulakan perjalanan dari rumah ke stesyen komuter Klang dengan menaiki kereta. 

Dari stesyen komuter Klang terus ke KL Sentral sebelum bertukar menggunakan LRT dari KL Sentral menuju ke stesyen KLCC.

Sebenarnya, saya sudah lama tidak menggunakan perkhidmatan awam komuter dan LRT ini. Lebih dari 5 tahun juga lah. 

So, dah banyak sangat beza sebenarnya cara dan kaedah pembayaran perkhidmatan komuter LRT ini. 

Kalau dulu hanya menggunakan cash untuk belian tiket, tapi kini sudah menggunakan kaedah belian kad isian semula seperti Touch n Go dengan bayaran RM10. 

Satu lagi kaedah yang digunakan adalah sistem token. Dari segi bayaran, sudah tentu-tentunya berubah kan..hihi. Takkan la still sama dengan 5 tahun yang lalu! 

Takde rezeki bila sampai KLCC, tempat kami tuju iaitu PetroSains tutup pula hari ini. Alahai next time la pulak kita pergi sana semula.

So, kami just pusing-pusing KLCC sambil jalan-jalan cari makan. 

Alhamdulillah, bila tanya Hanan apa rasa hari ni berjalan menggunakan perkhidmatan komuter LRT, "Seronok!" katanya.. 

Risau juga kot dia kata tak seronok. Tapi dia rasa enjoy, kita pun enjoy la juga sama. 

So, saya simpan di sini foto jalan-jalan cari makan hari ini sebagai salah-satu kenangan bersama anak-anak. 





No comments:

Post a Comment