Monday, September 17, 2018

5 Panduan Kenali Tanda Anda Bakal Bersalin

Menunggu kelahiran merupakan saat-saat yang paling mendebarkan bagi seorang ibu. Apatah lagi bagi mereka yang pertama kali menempuhi saat kelahiran. 

Namun, bagi anda yang berulangkali melalui fasa kelahiran, mungkin terdapat sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang tanda-tanda tiba nya saat kelahiran.

Jom kita lihat beberapa tanda yang boleh anda kenali apabila tiba waktu bersalin.


Apakah 5 Panduan untuk mengenali tanda bersalin?


Antara panduan untuk mengenali tanda bersalin adalah seperti berikut :

1. Sakit belakang


Sakit belakang di kalangan wanita hamil adalah perkara biasa. Namun, ketika tiba waktu kelahiran, sakit belakang semakin menjadi-jadi terutamanya di bahagian bawah belakang. 

2. Pecah air ketuban


Ini merupakan salah satu tanda yang jelas dan tidak syak lagi bahawa saat anda melahirkan sudah tiba. Jangan lengah untuk ke hospital apabila air ketuban sudah pecah. 

3. Keluar darah


Selain daripada pecah air ketuban, keluar cairan darah bercampur dengan lendir juga merupakan salah satu tanda jelas anda hendak bersalin. 

4. Perut memulas dan kerap kencing


Hati-hati dengan tanda ini kerana kebiasaannya apabila anda hampir bersalin, anda sering keliru antara tanda anda mahu bersalin atau membuang air besar. 

Begitu juga dengan air kencing. Peralihan kedudukan bayi di bahagian bawah perut akan menekan saluran air kencing sehingga kita sering merasa untuk membuang air kencing. 

5. Kontraksi


Kontraksi juga merupakan antara tanda yang paling penting untuk anda kenali waktu kelahiran. 

Kebiasaannya, kontraksi apabila hendak bersalin lebih sekata bacaan makanya dan semakin kerap apabila tiba saat bersalin. 

Inilah dia antara 5 panduan untuk anda kenali tanda bersalin. Jangan keliru okey! 

No comments:

Post a Comment