Selamat pagi semua. Alhamdulillah kini kita telah berada dalam bulan Sya'ban. Diam tak diam, kurang dari sebulan sahaja lagi kita akan meraikan pesta ibadah dalam bulan Ramadan.
Setakat manakah persedian kita? Sudah bersediakah fizikal dan mental? Masih belum terlambat untuk kita membuat persiapan bagi menyambut Ramadan sebagaimana kita membuat persiapan sempena menyambut Syawal.
Sebelum kita menyambut bulan ibadah Ramadan tidak lama lagi, hari Jumaat yang penuh barakah ini, kami ingin berkongsi bersama anda 12 kesilapan kerap orang Muslim Amalkan sepanjang bulan Ramadan yang dipetik daripada tulisan Dr. Zaharuddin Haji Abdul Rahman:
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melaksanakan ibadah sunat lain. Ini satu kesilapan umat Islam kini, kerana waktu tersebut pada hakikatnya adalah waktu terbaik untuk beristighfar dan menunaikan solat malam (Qiamullail)
4) Tidak menunaikan solat fardhu ketika berpuasa
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagimana Tarawih berjemaah.
6) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat semata-mata inginkan kemeriahan.
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadah pastinya menambahkan lagi pahala.
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadah. Sedangkan Imam as-Suyuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah.
9) Menganggap waktu imsak (10 minit sebelum Subuh) sebagai 'Lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat.
10) Wanita bertarawih di masjid beramai-ramai tanpa menjaga aurat mereka.
11) Memasuki Ramadan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan umat Islam.
Nabi saw menyebut: "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka adalah pemimpin yang adil, individu yang berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang dizalimi" -(Riwayat at-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi, Ahmad Syakir, sahih)
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" -(Riwayat Ibnu Majah, no. 1753, al-Busairi: Sanadnya sahih)
Moga Ramadan kali ini memberikan peluang dan kesempatan kepada kita semua untuk beribadah dengan sempurna dan diterima oleh Allah swt, insyaAllah..^_^
Rujukan: Majalah I, halaman 26 & 27, Pena UZAR, bil. 117/Julai 2012.
Never Lose Hope...
No comments:
Post a Comment