Friday, November 21, 2014

10 Amalan Sunat Hari Jumaat yang Perlu Anda Tahu

Salam Jumaat saya ucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Kalau kita ada 1 bulan yang paling mulia di antara semua bulan iaitu bulan Ramadan, kita juga punya penghulu hari dari semua hari iaitu hari Jumaat. Alhamdulillah, Allah kurniakan hari yang baik pada hari ini kepada kita semua, antaranya solat Jumaat yang tiada pada hari-hari lain. Mungkin ada sebahagian dari kita yang masih belum mengetahui tentang amalan sunat yang boleh kita laksanakan pada hari Jumaat. Nak tahu apa dia? Jom ikuti lanjut perkongsian saya di hari Jumaat yang mulia ini..
Antara amalan sunat yang boleh anda jadikan amalan pada hari Jumaat adalah seperti berikut:

  1. Mandi sunat Jumaat. Bagi yang tidak pergi menunaikan solat Jumaat (wanita, musafir dan sebagainya), boleh juga niatkan untuk mandi sunat Jumaat.
  2. Bersihkan diri, memotong kuku, bersugi atau gosok gigi, mencukur bulu ketiak dan bulu ari-ari, memperkemaskan misai, memotong rambut sekiranya panjang.
  3. Mengenakan pakaian yang bersih dan memakai wangi-wangian sebelum ke masjid.
  4. Bersegera ke masjid dengan berjalan kaki dan tinggalkan urusan lain termasuk jual beli. 
  5. Membaca surah al-Kahfi pada malam dan siang hari Jumaat
  6. Melakukan solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat Qabliyyah, solat sunat ba'diyyah
  7. Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat
  8. Merebut peluang dengan memperbanyakkan selawat, zikir dan berdoa kerana hari Jumaat merupakan salah satu hari yang mustajab doa
  9. Memperbanyakkan membaca al-Quran malam dan siang hari
  10. Memperbanyakkan sedekah pada hari Jumaat.
InsyaAllah moga Allah golongkan kita di kalangan muslimin dan muslimat yang diberikan nikmat rahmat dan keberkatan selalu. 


Salam Ukhuwah,
Hafizah Ummu Hanan




=======================
Hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee:
Puan Nor Hafizah Shahtir
SMS/What'sapp : 019-3405054

Ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan penjimatan 15%-30% setiap belian?
(Klik di sini):
============================

14 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian..

    semoga kita semua dapat amalkannya..

    ReplyDelete
  2. amalan yang sangat baik untuk diamalkan...mudahnya mencari pahala...

    merawat keputihan dengan supplement shaklee

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..semoga sentiasa menjadi amalan kita se, ua. Aamiin..

    JommSihatDanCantik -> NAK CANTIK TAPI JANGAN SAMPAI TERGADAI

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..kalau dapat perbanykkan amalan sunat tu lagi bagus bukan setakat hari jumaat sahaja.

    MASALAH KULIT GATAL TIADA LAGI

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat

    ReplyDelete
  6. Hari ni jumaat adalah hari raya umat islam :)
    Ganjaran melakukan amalan sunat pun berkali ganda

    ReplyDelete
  7. Perkongsian ilmu yang baik.. semoga amalan saya lebih baik lepas ni.

    ReplyDelete