Thursday, July 5, 2018

Ahmad Muaz dan Jentera Pengorek

Ahmad Muaz bin Mohamad Hasbullah. Anak ke-2 kami selepas anak sulung berusia 6 tahun. 

Jarang sekali kami berkongsi di sini tentang Ahmad Muaz sejak kelahirannya lebih 1 tahun 8 bulan yang lalu. 

Hari ni terasa nak coretkan di sini supaya ianya tersimpan rapi sebagai memori kami suami isteri suatu hari nanti. 
Beza memang berbeza melayan karenag antara anak lelaki dan perempuan. Anak lelaki semua sedia maklum aktif dan lasaknya berkaliganda berbanding anak perempuan. 

Begitu juga dengan Ahmad Muaz. Bila kita dah terbiasa menjaga dan melayan karenah anak perempuan selama 6 tahun yang lebih 'lembut' dan boleh dikawal, tarik nafas juga lah melayan Ahmad Muaz ni.

Hari ni cuma nak kongsi dengan minat dia yang satu ini. 

Jentera pengorek!

Kalau terjumpa dengan jentera pengorek, mata dia sangat sangat la tajam. Walaupun kedudukan dia jauh sekalipun, tetap dia boleh nampak. 

Di televisyen, di jalanraya, video internet semuanya tentang jentera pengorek. 

Anak oh anak.. Puas rasanya bila dapat naik jentera pengorek ini.

Eh tiba-tiba nak add video dan foto dia dengan jentera pengorek, cari-cari tak jumpa dalam fon. Nak kena menggodek dalam komputer pula la jawabnya..ahakss

No comments:

Post a Comment