Wednesday, July 4, 2018

Tips Atasi Alahan ketika Hamil

Alahan ketika hamil merupakan antara perkara yang paling digeruni oleh wanita apabila merancang untuk mengandung lagi.

Masakan tidak, bagi mereka yang mempunyai pengalaman alahan yang teruk, boleh fobia mahu mengandung lagi tau! 

Tapi, mahu atau tidak selalunya ibu-ibu terpaksa hadap alahan ketika hamil ini. Semestinya anda sedang mencari ikhtiar dan cara untuk mengurangkan atau mengatasi alahan ini bukan? 
Saya juga seperti anda! Mengalami alahan yang agak teruk pada kehamilan yang pertama. 

3 bulan pertama melepek, nasi sebutir tidak dapat ditelan, hanya mampu minum air kopi dan biskut kosong sahaja. 

Bayangkan ketika itu berat saya turun mendadak! Waktu itu, saya masih lagi belum mengenali Set Hamil Shaklee. So, takde cara apa pun saya gunakan untuk atasi alahan yang saya alami sepanjang trimester pertama itu. 

Mungkin cara ini boleh membantu mengurangkan alahan anda ketika hamil.

Cara Atasi Alahan Ketika Hamil 

  1. Kenal pasti waktu yang anda kerap alami alahan supaya anda lebih bersedia. Ada sebahagian ibu hamil mengalami waktu alahan yang berbeza samada waktu pagi, petang atau malam. 
  2. Andai tidak boleh makan dlm kuantiti yang banyak, pastikan anda ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap.
  3. Kurangkan makanan berlemak, berminyak dan pedas untuk mengurangkan rasa loya
  4. Kunyah gula-gula yang mengandungi mint
  5. Makan asam. Namun ini tidak digalakkan apatah lagi di ambil dalam kuantiti yang banyak.


Selain daripada tips di atas, anda juga boleh mengambil Peppermint Ginger Shaklee kerana ia mengandungi mint dan boleh membantu mengurangkan alahan anda ketika hamil.

Perlukan info lanjut mengenai produk? Boleh terus hubungi saya di talian berikut :

019-3405054
Pn. Hafizah 
www.wasap.my/60193405054

No comments:

Post a Comment