Tuesday, July 10, 2018

Bilakah Masa yang Sesuai Merancang Kehamilan Seterusnya?

Bilakah masa yang sesuai untuk anda rancang kehamilan seterusnya selepas bersalin? 

Apakah keperluan dan kepentingan merancang kehamilan seterusnya ini? 

Andai ada yang masih tidak tahu tentang peri penting nya merancang kehamilan seterusnya, jom lanjutkan baraan anda pada entry ini.
Anda baru sahaja melahirkan bayi sulung anda? 

Adakah anda tahu, merancang kehamilan seterusnya ini perlu difahami, dibincang dan diputuskan sebelum kelahiran anak anda lagi. 

Merancang kehamilan ini bukan tunggu sehingga kita bersalin atau bukan tunggu sehingga anak sudah besar, tetapi ia perlu dirancang dan dibincang bersama suami sebelum anda bersalin lagi. 


Apakah Kepentingan Merancang Kehamilan Seterusnya? 


Antara kepentingan merancang kehamilan seterusnya adalah kerana :

  • Untuk memastikan kesihatan ibu benar-benar dalam keadaan yang baik.
  • Memberi tempoh masa yang mencukupi untuk menyusu bayi selama 2 tahun
  • Memastikan emosi ibu benar-benar dalam keadaan baik.
  • Memastikan ibu benar-benar bersedia untuk menerima kehamilan dan kehadiran orang  baru lagi selepas bersalin
  • Mengelakkan masalah anemia, sakit belakang, kerosakan gigi dan kekurangan kalsium
  • Memberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk anak sebelumnya lebih berdikari dan memahami situasi andai menerima kehadiran adiknya pula

Kenapa perkara ini perlu dirancang dan dibincangkan lebih awal? 


Isu mengenai merancang kehamilan ini adalah isu bersama iaitu suami dan isteri. Ia bukan hanya sekadar isu yang harus ditanggung oleh isteri sahaja. 

Malah, apabila suami memahami peranan mereka dalam perancangan kehamilan keluarga, maka tidak timbul isu isteri tertekan setiap kali kehamilan berlaku. 

So, kesimpulannya..


Bilakah masa yang sesuai untuk merancang kehamilan seterusnya?


Waktu yang terbaik untuk merancang kehamilan yang seterusnya adalah selepas 2 tahun dikala emosi betul-betul sudah bersedia, tubuh dah pulih sepenuhnya dan anak semakin mudah diurus.

Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Seandainya kehamilan tetap berlaku, fikir secara positif, jaga kesihatan dan kandungan. 

Boleh ambil supplement kehamilan sebagai energy untuk anda melalui kehamilan dengan baik di samping menjaga anak yang semakin membesar. 

Nak tahu lanjut mengenai set kehamilan ini? Boleh hubungi saya di talian seperti berikut :

019-3405054
Pn. Hafizah
Pengedar Shaklee Klang

No comments:

Post a Comment