Tuesday, July 31, 2018

Bagaimana Cara Saya Kumpul Modal Bisnes. Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bertambah!

tips memulakan bisnes tanpa pinjaman
Apabila bercakap mengenai bisnes, mahu atau tidak kita tidak akan terlepas daripada memikirkan soal modal dan belian stok.

Sedikit atau banyak modal yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis bisnes yang anda jalankan. Namun, adakah mustahil untuk anda mempunyai modal sendiri?

Bagaimanakah cara yang boleh kita lakukan seandainya modal di tangan tidak sebesar mereka yang menjalankan bisnes besar dan global? Tak mustahil sebenarnya..


Begitu juga dengan saya. Saya memulakan bisnes Shaklee pada tahun 2013 dengan modal asal hanya RM75.

Daripada RM75 ini ia memberikan pulangan berganda kepada saya sehingga mampu menjana income 4 angka setiap bulan. Daripada income Shaklee ini lah saya menampung belanja keluarga membantu suami saya setakat yang saya mampu.

Namun, syukur sangat-sangat walau hanya menjalankan bisnes dari rumah, tetapi saya tetap mempunyai gaji sama seperti wanita yang bekerja office hour. 

Bisnes Shaklee sangat fleksibal. Malah, ia berkonsepkan ala-ala dropship. Maksudnya, apabila pelanggan membuat order, kita boleh terus membuat belian melalui web www.shaklee2u.com.my (hanya untuk ahli sahaja) atau buat belian walk in di Home Office atau branch Shaklee.

Namun, biarpun ianya bermodalkan RM75 pada permulaannya, apabila kita memilih untuk benar-benar berbisnes, kita perlu juga untuk mempunyai stok di tangan bagi customer yang mahu barang segera dan penghantaran terus kepada mereka. 

So, anytime customer request nak barang, kita boleh terus hantar dah. Tak perlu lagi terpaksa menapak ke HQ dahulu.

tips kumpul modal bisnes

Bagaimanakah cara yang saya gunakan untuk mengumpul modal bisnes buat belian stok produk jualan saya?


Antara kaedah yang saya gunakan adalah seperti berikut : 
  1. Join group kutu modal produk
  2. Simpan duit untung runcit sedikit demi sedikit
  3. Asingkan sedikit dari keseluruhan bonus untuk modal stok
  4. Setiap bulan target buat belian 1 produk stok 


Dalam group kami, kami adakan group kutu untuk modal belian produk. Hasil daripada group kutu ini lah saya buat belian stok sebahagian produk iaitu Vivix, Vita C, Alfalfa dan OsteMatrix.

Kemudian, saya buat tabungan sedikit demi sedikit untuk menambah stok sedia ada. Hasil untung runcit, saya simpan sedikit untuk jadikan sebagai modal stok produk. 

Begitu juga dengan bonus bulanan. Daripada bonus bulanan Shaklee tersebut, adalah sebahagian % yang saya asingkan untuk pembelian stok produk.  

Dan, saya juga tetapkan target bulan-bulan sekian untuk membeli stok produk tertentu. Bila cukup sahaja duit, saya terus buat belian stok yang baru.

Alhamdulillah bermula dengan sedikit, akhirnya stok produk saya semakin bertambah. Syukur sangat-sangat!

Namun, satu lagi perkara yang harus ditekankan di sini adalah berkaitan sikap anda terhadap 'modal' yang telah anda keluarkan.

Harus dipastikan bahawa, setiap kali produk anda terjual, anda wajib membuat belian yang baru sebagai ganti iaitu rolling modal anda semula dengan produk sama yang telah terjual.

Jangan sesekali anda menggunakan wang modal anda untuk perkara selain bisnes anda sekalipun anda terdesak! Ini kerana apabila ianya sudah 'diganggu', anda terpaksa bermula dari awal semula iaitu kumpul semula moda. Kan penat begitu?

Oleh yang demikian, mulakan dari sekarang untuk kumpul modal anda sedikit demi sedikit. InsyaAllah lama-lama jadi bukit. 

Bagi anda yang ingin menjalankan bisnes Shaklee, boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu anda dari A-Z asalkan anda mempunyai kemahuan dan semangat yang tinggi.  

Hubungi saya di talian seperti berikut,
019-3405054
Puan Hafizah,
Shaklee Bussines Leader
Pengedar Shaklee Aktif

No comments:

Post a Comment