Sunday, December 8, 2013

TERLALU KURUS? KENALI SET GAIN WEIGHT SHAKLEE


Terlalu kurus? Risau? Fikir macam-macam cara nak naikkan berat badan? Mungkin istilah ‘menambah berat badan’ ini jarang diperkatakan bagi mereka yang tiada masalah berat badan mahupun yang memiliki berat badan berlebihan kerana kebanyakan dari rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan. Sudah tentunya penurunan berat badan sering diperkatakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia berbanding penambahan berat badan bukan? Dan..Menjadi kebiasaan bahawa masalah kesihatan kebanyakannya menyerang bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan.. Tapi, tahukah anda kekurangan berat badan juga mengundang kemungkinan pelbagai jenis penyakit? 

Sebelum kita mengupas lebih lanjut berkaitan isu kekurangan berat badan ini, perkara awal yang perlu difahami adalah keseimbangan berat badan dengan kiraan Body Mask Index (BMI) anda mengikut umur, berat dan ketinggian. Anda perlu memahami adakah BMI anda berada pada kategori kurang berat, normal, overweight, obesiti mengikut kiraan seperti berikut:

18.5 atau kurang                                   Kurang Berat/Kurus
18.5-24.99                                            Normal
25-29.9                                                 Overweight
30-34.99                                               Obesiti (Kelas 1)
35-39.99                                               Obesiti (Kelas 2)
40 atau lebih                                         Morbid Obesiti

Individu yang dikategorikan sebagai kurus atau kurang berat badan adalah yang memiliki BMI 18.5 dan ke bawah. So, kategori BMI Normal tu tak perlu la risau yer (Kesihatan perlu jaga juga..) Perlu anda fahami bahawa, bukan semua yang mengalami kekurangan berat badan ini terdedah kepada penyakit. Berkemungkinan juga anda bebas daripada sebarang penyakit. Yang penting, kene maintain jaga kesihatan ok..

Antara faktor kekurangan berat badan adalah disebabkan kekurangan pengambilan makanan berzat, mengalami masalah penyakit yang melibatkan mental/psikologi atau fizikal seperti Anorexia Nervosa, kanser, kemurungan, diabetes type 1, penyalahgunaan dadah, masalah penghadaman, masalah radang usus dan sebagainya.

Namun, masalah kekurangan berat badan ini perlu dititikberatkan juga kerana ia turut mampu menjadi penyebab kepada beberapa masalah penyakit lain seperti: 

1) Kekurangan stamina
2) Lemah daya tahan sehingga mudah dijangkiti penyakit
3) Kitaran haid terganggu
4) Mengalami masalah kesuburan atau sukar untuk hamil
5) Anemia (kekurangan sel darah merah)
6) Keguguran rambut
7) Risiko kereputan tulang
8) Risiko keguguran
9) Kualiti sperma berkurang
10) Stress

Tentu anda yang mengalami masalah kekurangan berat badan ni risau kan? Tercari-cari produk yang selamat dan berkesan di samping memberikan nutrien dan zat yg lengkap untuk tubuh anda? Shaklee ada jawapannya.. Dijamin berkesan, selamat dan semula jadi.

Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah



COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*

No comments:

Post a Comment