Friday, December 27, 2013

KETAHUI PEMAKANAN YANG MEMBANTU MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Masalah susu merudum merupakan permasalahan yang sering dan kerap berlaku di kalangan majoriti ibu-ibu yang menyusukan bayi. Masalah kesihatan, keletihan, stress dan bayi semakin membesar dan mengambil pemakanan sendiri menjadi punca kepada permasalahan susu merudum.

Hari ini, saya ingin kongsikan bersama anda beberapa tips makanan tambahan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah penghasilan susu merudum. Jom ikuti 10 jenis makanan yang disarankan oleh pakar:


1) Buah-Buahan Kering
Kurma, kismis, buah tiin juga berfungsi dalam membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Selain daripada itu, buah-buahan kering ini juga merupakan makanan sunnah dan mampu memperolehi manfaat lain seperti memberikan tenaga, menajamkan minda dan sebagainya.

2) Halba
Merupakan makanan yang paling popular di kalangan ibu menyusu dan kebanyakan para ibu mengetahui bahawa halba berupaya membantu meningkatkan kuantiti susu ibu. Kebiasaannya ia boleh didapati dari kedai-kedai jamu. Halba ini boleh dicampur di dalam masakan atau digaul bersama nasi atau pilihan anda untuk terus makan begitu sahaja pun boleh. Asalkan anda tahan dengan rasanya yang agak pahit la kan..^_^

3) Jintan

Ia juga dikenali sebagai Habbatussauda' atau black seed. Anda boleh mencampurkannya dalam bahan makanan. Tetapi, kini lebih mudah. Habbatussauda' kini dengan pilihan dalam bentuk kapsul. Sangat mudah. Just telan dan tiada rasa pahit berbanding memakan jintan hitam yang dibuat sendiri.

4) Barli


Mesti anda sudah biasa mendengar kan barli juga mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Boleh dijadikan sebagai minuman segar.



Never Lose Hope...


No comments:

Post a Comment