Saturday, December 7, 2013

SUPPLEMEN DAN VITAMIN PENTING UNTUK IBU HAMIL

Menurut sebuah kajian, pengambilan multivitamin dan asid folik sebelum dan semasa kehamilan dapat mengurangkan risiko neuroblastoma, leukemia, dan barah otak kepada bayi. Oleh itu, ramai pakar yang bersetuju bahawa pengambilan vitamin adalah baik dan mengesyorkan vitamin mula diambil ketika anda bersedia untuk hamil. 
 Biasanya, anda akan dipreskripsikan dengan multivitamin seperti obimin yang mengandungi asid folik, vitamin A, B, C, D, kalsium, dan sebagainya. Selain itu, anda juga mesti memastikan anda memakan pelbagai makanan yang sihat melalui diet yang seimbang. Sungguhpun begitu, mungkin ada sesetengah wanita hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan badan anda. 

ASID FOLIK

Asid folik juga dikenali sebagai folate atau Vitamin B9. Ia boleh dikategorikan sebagai suplemen yang paling penting untuk wanita mengandung. Sebenarnya, jika anda sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang kehamilan, pengambilan asid folik sahaja sudah cukup untuk anda. 
Pengambilan asid folik dapat menghalang kecacatan dan dikatakan sangat efektif dalam mencegah neural tube defect. Anda harus ambil 400mcg asid folik setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan.
Selain mengambil suplemen, anda boleh juga memperkayakan diet semulajadi anda dengan asid folik melalui sayur-sayuran seperti kobis bunga dan tomato, ayam serta ikan salmon.  Asid folik adalah murah dan mudah didapati di farmasi.

ZAT BESI

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Badan anda akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya anda kurang mengambilnya dalam diet anda. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Pengumpulan stok zat besi dalam badan adalah penting kerana anda akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan. 
  
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah hati, tiram, daging merah, kismis, kurma, dan sayur-sayuran. Pengambilan zat besi walaubagaimanapun boleh menyebabkan cirit-birit, sakit perut dan muntah-muntah. Oleh itu, wanita hamil perlu berhati-hati apabila membeli vitamin ini di pasaran. Anda juga tidak dinasihatkan untuk meminum teh atau kopi bersama vitamin ini kerana mampu mengurangkan penyerapan zat besi. 

KALSIUM

Seperti yang kita tahu, kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi bayi, terutamanya pada trimester ketiga. Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko preeclampsia.

OMEGA 3

Jika anda tidak dapat makan ikan semasa hamil, ambillah Omega 3 sebagai ganti. Ia dipercayai dapat membantu perkembangan otak bayi. Anda juga boleh terus mengambil vitamin ini selepas bersalin untuk membantu pemulihan luka dengan lebih cepat.
Namun, berhati-hatilah dalam memilih seplemen jenis ini kerana sesetengahnya mengandungi Vitamin A yang boleh menyebabkan kecacatan pada bayi jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, bacalah label dan pastikan ia tidak mengandungi Vitamin A.

VITAMIN B6

Juga dikenali sebagai B kompleks atau pyridoxine, vitamin ini tidak kurang pentingnya kerana ia membantu badan anda memetabolismekan protein, lemak, dan karbohidrat. Ia turut berfungsi menghasilkan sel-sel darah merah yang baru, antibodi, dan neurotransmitter. Vitamin B6 juga merupakah salah satu rawatan popular yang diambil untuk melegakan mabuk hamil (morning sickness).

VITAMIN C

Vitamin C membantu melindungi sel dan mengekalkan kesihatan kulit. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperkaya dengan Vitamin C termasuklah brokoli, buah-buahan sitrus, tomato, dan anggur hitam.

Hubungi saya untuk konsultansi secara percuma tentang set kehamilan Shaklee dan dapatkan diskaun menarik sepanjang membuat pembelian dengan kami, 



COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*


Sumber:


No comments:

Post a Comment