Kita melalui proses kehidupan, yang semakin hari
semakin bertambah umur kehidupan kita..
Tidak ada siapa yang boleh menjangka, apa yang akan
berlaku pada keesokan harinya secara tepat..
Tetapi ALLAH azza wajalla yang menetapkan perjalanan
hidup kita.. Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang bertaqwa..
Di dalam kehidupan ini, kadang-kadang, ada perkara yang kita rasa tidak boleh
buat, tetapi jika ALLAH izinkan, maka ia akan berlaku..
Kadang-kadang, ada orang yang merasa diri dia mampu untuk melakukan sesuatu dengan segala kekuatan yang ada pada diri dia, tiba-tiba dia gagal dalam hidupnya…
Dulu…. Masa kita berada di sekolah, ada dikalangan
kawan-kawan kita yang selalu mendapat tempat yang baik ketika peperiksaan,
namun, tidak semua mereka menjadi orang yang hebat…
Dalam beragama, antara perkara yang dititik beratkan di dalam agama adalah TAWAKKAL, bergantung pada ALLAH azza wajalla...
Manusia disuruh berusaha, tetapi di atas usaha itu, manusia diminta bergantung pada ALLAH..
Maka kerana itu ALLAH menyebut:
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar.
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah dirinya bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, cukuplah
ALLAH baginya..
Tawakkal adalah keajaiban hidup..
Tetapi ramai yang gagal menghayati apa itu tawakal…
Kita berhadapan dengan cabaran di dalam kehidupan,
kadang-kadang kita merasakan hidup kita ini akan berlalu dengan senang
berdasarkan kekuatan diri kita… namun tidaklah semudah itu untuk kita melepasi cabaran itu...
Tetapi bila kita yakin ALLAH yang uruskan urusan kita, walau
cabaran datang dari pelbagai sudut, ALLAH mentakdirkan segalanya... kita
berasa tenang dengan semua itu..
Banyak perkara yang orang sangka dalam kehidupan kita
ini, kita akan berjaya mengharungi cabaran, tetapi kita kalah..
Banyak juga perkara yang orang sangka bahawa kita akan
kalah dengan cabaran kehidupan, tetapi dengan tawakal kepada ALLAH kita berjaya
mengatasinya… walaupun orang lain memandang kita kalah..
Dikalangan kita, ada yang ALLAH uji dengan pelbagai
ujian, sehingga kita kata mengatakan “Aaah.. Habislah aku,”
Namun apabila kita kata "Hasbuna ALLAH wa Ni’ma al-Wakil", cukuplah bagi kami ALLAH, ALLAH yang menguruskan urusan kami… MASYAALLAH, hebatnya kehidupan ini..
Entah berapa banyak ujian yang kita lalui dalam
kehidupan ini, hari ini, ALLAH telah keluarkan kita daripada ujian tersebut dengan
tawakal kepada ALLAH…
Cukuplah bagi kami ALLAH, kepadanya sahaja diserahkan
urusan…
YA ALLAH, TOLONGLAH AKU, YA ALLAH BANTULAH AKU…
YA HAYYUN YA QAYYUM, DENGAN RAHMATMU AKU MOHON
PERTOLONGAN, PERBAIKILAH URUSANKU SEMUANYA, DAN JANGAN ENGKAU SERAHKAN URUSANKU
KEPADA DIRIKU SENDIRI WALAU SEKELIP MATA..
No comments:
Post a Comment