Sejak dua menjak ni ramai pulak yang duk share tentang jeruk asam boi ni. Hai, saya pun dah ikut terliur dah. Tapi, kalau nak beli siap terus sampai depan rumah, confirm confirm la tak cukup nak makan seisi rumah ni. So, jalan yang terbaik adalah buat sendiri je. Tak susah pun sediakan jeruk asam boi ni. Sesiapa sahaja boleh sediakan. Cumanya, nak atau tidak sahaja. Sempat atau tidak sahaja. Hehe, anak-anak pun boleh je sediakan sendiri. Nak tahu macam -mana nak buat jeruk asam boi ni? Jom kita tengok..
Cara penyediannya sangat mudah. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:- Buah mangga muda. Apa jua mangga pun boleh. Tapi jangan pulak mangga lemak manis sudah. Biasanya sesuai mangga yang sedikit masam.
- Asam boi putih
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Cili padi bagi yang sukakan pedas
Bahan-bahan yang diperlukan. Maaf garam gula je takde yer..hehe |
Step dia mudah saja..
- Kupas buah mangga muda seperti biasa. Bersihkan.
- Gaulkan buah mangga, asam boi (ketuk sedikit), gula dan garam secukup rasa selera anda. Asam boi dah masin, so jangan letak terlalu banyak garam.
- Campurkan hirisan cili padi bagi yang suka pedas. Ikut selera masing-masing. Andai tak suka makan pedas, tak perlu tambah cili padi.
- So, gaulkan semua. Siap!
- Nak simpan sekejap dalam peti sejuk pun boleh untuk beberapa jam. Tapi, macam tak sempat je, dah terus ngap!
Jom kite tengok gambar je la yer pulak..
Dah siap digaul sebati semua bahan |
Taraaa dah siap.. 1 bekas tanpa cili, 1 bekas ada cili.. |
1 bekas tanpa cili untuk orang rumah yang tak suka pedas termasuk Hanan |
1 bekas dengan cili untuk saya yang sukakan pedas..hehehe |
Uppss sorri..Saya hanya penjual Shaklee. Jeruk mangga ni saya tak jual..hehe. Untuk makan family sendiri saja..
So, anda semua boleh la sediakan jeruk asam boi ini sendiri yer. InsyaAllah sangat mudah dan lebih jimat untuk disediakan. Boleh makan seisi keluarga. Tapi awas bagi mereka yang tidak tahan dengan makanan masam. Berpada-pada yer makan.
Selamat mencuba!
Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan
Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan
Sekarang ni gelombang jerukmangga asam boi plak ye. Ramai plak yang dik jual kat FB..
ReplyDeleteHihihi sekejap je ni Akmal.. Ikut musim.. Sekejap lagi apa plk yer yg femes kan..^_^ Tp dh tau resepi ni, mudah saja la lenkali kot2 nak buat sendiri kan..hehe
Deletebak mai sket..sedap nampak tu
ReplyDeleteHihihi, konon2 je tu neni buh dalam bekas mcm ala-ala orang membeli jugak khennn..Selamat dah msuk dlm perut. Ni ada lg 2 kilo mangga kt dapur, belum sempat buat lagi..^_^
Deleteooo senang je nak buat rupanya. ingatkan kena buat macam jeruk tu letak cuka, kena peram bagai. bolehla eksperimen sendiri lepas ni.
ReplyDeleteYup senang je Fiza..Hehe boleh la cuba buat lepas ni..^_^
Deletekak fiza.. kt pun dah try buat.. :) tapi sebab takde pelam buat dengan kedondong je. hehe
ReplyDeleteSedap ke dgn kedondong.. Kedondong byk juga kt rumah ni.. Tapi mcm best jugak kan..Tak cuba, tak tahu..^_^
Delete