Bangun-bangun pagi tadi, tengok suhu badan Hanan panas daripada suhu biasa. Sah, demam! "Ummi, Hanan demam..." Patut la malam tadi asyik terjaga je. Macam tak lena tidur dibuatnya. Rupanya tanda nak demam hari ni. Badan dah lemah tak bertenaga, letih seperti kebanyakan orang yang sedang mengalami simptom demam. Dah menjengah waktu malam, masih lagi belum kebah, tapi masih dalam keadaan suhu terkawal. Alhamdulillah, selesema tidak menjengah bersama..
Risau bila setiap kali anak tak sihat. Tapi, macam biasa perlu cuba rawat dan pantau sendiri sekiranya suhu di paras biasa dan tidak melebihi paras bahaya.
Jangan salah faham yer ibu-ibu. Demam bukanlah satu penyakit. Ia kadangkala disebabkan oleh virus. Ia merupakan perkara biasa bagi kanak-kanak. Kebiasaannya ia akan sembuh keesokan harinya bagi demam biasa kerana sistem pertahanan tubuh anak itu sendiri yang akan memulihkan ianya kembali. Para doktor juga menyarankan ibu-ibu cuba memantau hanya dari rumah bagi demam biasa. Namun, seandainya ia melarat, perlu dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera!
So, hari ni nak share beberapa tips ringkas bagaimana untuk menangani demam panas di kalangan kanak-kanak, antaranya:
1) Cek suhu anak dengan termometer, bukan semata menggunakan tangan.
Kenapa? Kerana suhu tangan kita dipengaruhi oleh suhu sekeliling. Kalau suhu sekeliling terlalu sejuk, kita akan rasa suhu anak terlalu panas. Begitu juga sebaliknya.
2) Pakaikan pakaian yang nipis dan tidak terlalu tebal.
Pakaian yang tebal boleh memerangkap haba dan sukar untuk keluar dari tubuh anak. Bagi bayi, boleh juga hanya pakaikan lampin sahaja. Bergantung pada keadaan.
3) Letak kepala anak dengan tuala basah
Kerapkan meletakkan tuala basah pada kepala anak anda. Selain itu, lap celah-celah anggota seperti ketiak, peha, leher mereka dengan tuala basah.
4) Jangan takut untuk memandikan anak anda ketika demam.
Ada sebahagian klinik dan doktor yang memandikan kanak-kanak dengan air sejuk atau air ais. Namun, sebahagian doktor juga tidak menggalakkan cara ini. Apa yang saya lakukan, saya hanya memandikan dengan suhu air paip biasa sahaja. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
5) Usaha untuk minta anak makan dan banyakkan minum air kosong.
Bukan mudah sebenarnya untuk memaksa anak makan dan minum air kosong lebih ketika demam. Begitu juga bagi orang dewasa di mana kebiasaannya tiada selera makan ketika demam bukan? Apapun, usaha sebaik mungkin untuk pujuk anak anda makan dan minum air kosong walaupun sedikit bagi mengelakkan dehidrasi dan kehilangan tenaga. Nak extra lagi, berikan anak anda minum Air Zam Zam yang tidak boleh dinafikan lagi keajaibannya.
6) Pantau tanda-tanda lain pada tubuh anak seperti bintik-bintik merah, benjolan, gusi berdarah dan sebagainya kerana dikhuatiri dijangkiti demam denggi mahupun demam campak yang memerlukan lebih pantauan doktor.
7) Peluk anak anda. Berikan perhatian lebih ketika mereka demam kerana kebiasaannya mereka memerlukan sokongan dan perhatian dari ibubapa lebih daripada biasa
7) Peluk anak anda. Berikan perhatian lebih ketika mereka demam kerana kebiasaannya mereka memerlukan sokongan dan perhatian dari ibubapa lebih daripada biasa
8) Seandainya suhu anak anda melebihi 39 darjah celcius ataupun mengalami simptom demam berpanjangan mahupun simptom sekejap demam sekejap sembuh, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan dibiarkan.
Tips-tips lain yang mungkin anda biasa praktikkan, boleh la share sama-sama yer..
Extra tips lagi.. Sejak saya mengenali Shaklee, saya biasanya memberikan anak saya set kesihatan kanak-kanak ini.. 3 biji Chewable Vita C, 1 sudu Mealshake dan juga 1 sachet Nutriferon. Bagus untuk tingkatkan sistem imun dengan Chewable Vita C, tingkatkan antibodi tubuh dengan Nutriferon dan memberikan tenaga dengan Meal Shakes.
Saya dah cuba dengan set ini lebih setahun yang lalu untuk kesihatan anak saya. Alhamdulillah, setiap kali Hanan demam, tidak mengambil tempoh masa yang lama untuk pulih kembali. Syukur..Anda bagaimana? Harus cuba juga tau.. Lebih-lebih lagi Meal Shakes sedang dalam waktu Promo buy 3 Free 1..

-----------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami,
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..
Tercari-cari income tambahan untuk anda sekeluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..
Never Lose Hope...
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
comeilah hanan ni:)
ReplyDelete