Seorang ibu hamil memerlukan sekitar 2540 sehingga 2650
kalori sehari. Jumlah ini lebih tinggi sedikit dari wanita normal iaitu
keperluan seharian antara 1800 sehingga 2200 kalori sahaja. Pemakanan yang
sihat semasa hamil amat penting untuk dititikberatkan kerana keperluan tenaga
akan meningkat seiring dengan perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan.
Berikut merupakan beberapa panduang pemakanan ibu hamil yang
boleh anda amalkan sepanjang kehamilan tanpa perlu makan secara berlebihan:
1) Penuhi keperluan nutrien harian anda seperti protein,
karbohidrat, lemak baik, vitamin dan mineral dengan mempelbagaikan makanan
anda. Pastikan apa yang diambil merangkumi semua nutrisi yang anda perlukan.
2) Pelbagaikan makanan dalam kategori yang sama. Sebagai
contoh, makan sayur-sayuran yang berbeza warna, jenis dan tekstur. Hal ini
kerana setiap sayur mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza antara satu sama
lain.
3) Cuba minimakan pengambilan makanan yang tinggi kalori
tetapi kurang berkhasiat seperti minuman berkarbonat, makanan bergoreng dan
sebarang makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula. Sebaliknya, pilih menu
yang mempunyai nutrisi maksimum seperti yogurt, telur rebus, buah-buahan
ataupun sayur-sayuran.
4) Pilih makanan yang paling hampir dengan keadaan asalnya
atau yang paling minimum pemprosesannya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
segar, beras perang atau atau roti berbijirin tinggi.
5) Sasarkan untuk makan 5 hidangan buah dan sayur sehari.
Ini termasuklah menu yang dijadikan sebagai snek, jus dan salad.
6) Bagi mengelakkan diri daripada mengambil makanan berkanji
berlebihan, ada baiknya jika bertukar kepada pilihan bijirin penuh.
7) Memandangkan anda perlu memenuhi keperluan makanan
berprotein tinggi, jadi banyakan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
So, ibu-ibu hamil, amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan mengambil makanan dengan alasan makan untuk 2 orang. Anda perlu mengetahui jumlah kalori yang betul untuk memastikan kesihatan tubuh anda dan bayi sentiasa dalam keadaan terkawal.
Selamat beramal!
Salam ukhuwah,
Ummu Hanan
Never Lose Hope...
------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami,
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..
Ada dikalangan ibu hamil menyatakan mereka perlu makan bagi membekalkan tenaga. Ada yang makan nonstop dan tak pernah kira pun kalori yang mereka ambil. Ini memang bahaya!
ReplyDeleteSemoga artikel ini memberi panduan kepada ibu hamil...
Kebanyakan ibu hamil berpandangan mereka perlu makan untuk 2 orang, tanpa mengambil berat tentang kalori dan keperluan sebenar ibu hamil.. Moga ibu-ibu IT masa kini lebih berilmu melalui fasa kehamilan kan..^_^
DeletePentingnya bagi ibu hamil untuk memastikan makanan yang dimakan memenubi keperluan ibu dan bayi yang ada dalam kandungan. Makanlah makanan yang bergizi dan penuh dengan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Jangan lupa untuk membekalkan vitamin shaklee untuk kesihatan anda dan si cabang bayi agar sihat dan ceria selama kehamilan.
ReplyDeleteTapi kebanyakan ibu-ibu terlupa kan Nila benda ni semua.. Main terjah je nak makan apa..hehe. Actually silap pandangan tu.. sbb pemakanan kite mempengaruhi perkembangan bayi. Tak cukup nutrisi, risiko bayi boleh cacat pun ada..
Delete