Sunday, October 5, 2014

Iktibar dari Qurban Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as


Saat dan ketika ini pastinya ramai yang telah berada di kampung masing-masing. Bersantai bersama keluarga. Menyediakan juadah hari raya yang mungkin serba ringkas ataupun extra meriah. Wah, seronok bukan? Saat bersama keluarga merupakan saat yang paling dinantikan oleh setiap insan apatah lagi bagi yang bergelar ibu, ayah kepada anak-anak di perantauan mahupun atok dan nenek kepada cucu yang sering dirindui. 
Sempena umat Islam di Mekah meraikan kemenangan mereka sebagai tetamu Allah, pagi nan syahdu dengan laungan takbir ini, saya ingin membawakan rakan-rakan sejenak kembali kepada kisah yang berlaku antara Nabi Ibrahim as dengan anaknya Nabi Ismail as. 


Kisah pengorbanan seorang anak, kehambaan seorang bapa kepada Tuhan Penciptanya yakni Allah swt meninggalkan kesan yang sangat hebat kepada umat Islam keseluruhannya. Mana mungkin kita temui kembali kini anak yang sanggup mengorbankan diri untuk TuhanNya? 

Saya ingin membawa anda semua bagaimana peristiwa hebat ini berlaku sekaligus menjadi titik tolak kepada pensyariatan Qurban sehingga kini. 

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim as menerima arahan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail melalui mimpi. Mimpi merupakan salah satu mukjizat seorang Nabi. Selepas menerima arahan tersebut, Nabi Ibrahim termangu seketika bagaimanakah beliau harus menyampaikan kepada anak tunggal kesayangannya yang dinanti setelah sekian lama?

Namun, Nabi Ibrahim menguatkan hatinya menemui Nabi Ismail as di Kota Mekah. Nabi Ismail as merupakan seorang anak yang soleh dan taat kepada ibubapanya. Mendengar perkhabaran daripada Nabi Ibrahim as tersebut, Nabi Ismail terus meminta ayahandanya menyegerakan urusan korban tersebut dengan beberapa syarat, antaranya:

1) Menguatkan ikatan supaya Nabi Ibrahim as mudah untuk melakukan penyembelihan
2) Menanggalkan pakaian Nabi Ismail supaya pahalanya tidak berkurang serta tidak membuatkan ibunya sedih hati.
3) Tajamkan parang untuk penyembelihan supaya Nabi Ismail tidak terasa terseksa serta mempercepatkan proses penyembelihan
4) Sampaikan salam kepada ibundanya serta menyerahkan pakaian Nabi Ismail sebagi kenang-kenangan pengubat kerinduan kelak nanti

Allahuakbar, sungguh hebat ketaqwaaan dan ketaatan mereka berdua kepada Allah swt. 

Namun, apa yang berlaku ketika saat penyembelihan tersebut, pisau yang digunakan oleh Nabi Ibrahim as menjadi tumpul dan tidak lut sama sekali ke leher Nabi Ismail as. Lalu Allah menurunkan firmannya bahawa: "Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan"

Sesungguhnya Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as telah melalui fasa lulus ujian sebagai Nabi Allah swt. Lantas, Allah swt memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya sebagai ganti Qurban yang telah dilaksanakan. Maka, akibat daripada peristiwa inilah menjadi titik tolak pensyariatan Allah swt kepada seluruh umat Islam untuk melaksanakan tuntutan Qurban sehingga hari ini. 

Beberapa pengajaran daripada kisah ini, dapat disimpulkan bahawa:

1) Kasih sayang bapa mahupun kasih sayang seorang anak tidak boleh melebihi rasa cinta kepada Allah swt. 
2) Dalam apa jua keadaan sekalipun yang bertembung di antara tuntutan Allah swt dengan tuntutan duniawi sebagai manusia, kita harus mengutamakan tuntutan Allah swt terlebih dahulu, barulah memikirkan tuntutan sebagai manusia. 
3)  Kasih sayang seorang bapa tiada tolok bandingnya. 
4) Penyembelihan haruslah dilaksanakan dengan menggunakan pisau yang tajam serta mempercepatkan proses penyembelihan supaya binatang sembelihan tidak terseksa

Kita kini tidak melalui fasa ujian sebegini sebagaimana Nabi Allah Ibrahim dan Ismail as. Namun, apa yang terjadi kini sebaliknya. Ramai di kalangan ibu atau bapa durjana dengan sewenangnya mengorbankan nyawa anak mereka tanpa rasa belas dan kasihan. MasyaAllah nauzubillah.

Moga kita mengambil iktibar penting daripada peristiwa yang sangat hebat antara Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as ini.. 

Salam 'Idul Adha buat semua rakan-rakan pembaca!
Moga kalian semua di bawah lindungan dan rahmat Allah swt hendaknya.. 
Maaf salah silap semuanya..


Salam Ukhuwah, 
Ummu Hanan


Never Lose Hope...




---------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..



Tercari-cari income tambahan untuk anda sekeluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..

No comments:

Post a Comment