Kandungan
antioksidan yang tinggi di dalam bawang putih membuatkan si bumbu dapur ini sangat digemari. Bahkan, ada yang rela memakan bawang putih
mentah untuk menikmati khasiat alami bumbu dengan aroma yang menusuk ini.
Bawang
putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae
sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik, dan
kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun
dulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih seperti juga bawang merah dan
bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek
sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih
dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.
Bawang
putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikistan, Turkemenia,
Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang
kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan
tanaman yang mendapat penekanan di negara oriental seperti di China dan Korea.
Belum
ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman
ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembap dan banyak hujan
memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih
di dunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77%
penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan
Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimport bersih utama
bawang putih.
Bawang
Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubatan), dikeringkan
dan juga diproses dalam bentuk serbuk. Penyimpanan yang sempurna membolehkan
bawang putih tahan lama sehingga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa
menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan
menjadi satu kemestian.
Bawang
putih mengandung selenium, vitamin B6, dan anti inflamasi yang berfungsi dalam
melawan bakteria dan melindungi fungsi jantung Anda. Kandungan anti oksidan
dalam bawang putih juga dipercayai mampu mencegah dan melawan flu.
Allicin adalah komponen aktif utama bawang putih. Dilaporkan
oleh CJ Cavallito pada tahun 1944, allicin adalah bahan utama yang bertanggung
jawab atas spektrum luas dari aktiviti anti-bakteria dalam bawang putih.
Penelitian juga menunjukkan bahawa allicin berperanan menurunkan kolesterol,
anti-pembekuan darah, anti-hipertensi, anti-kanser, antioksidan dan
anti-mikrob.
Sifat
kimia bawang putih sangat kompleks. Bawang putih segar mengandung enzim (yang
disebut allinase) dan alliin, yang terkandung di bahagian berbeda
dari tanaman itu. Struktur unik itu dirancang sebagai mekanisme pertahanan
terhadap mikrob patogen tanah. Ketika patogen tanah lainnya menyerang bawang
putih, membrannya hancur, dan dalam waktu 10 saat, semua alliin akan diubah
menjadi sel baru yang disebut allicin. Ini adalah senjata yang sangat
efisien kerana sistem pertahanan bawang putih hanya aktif di lokasi spesifik
untuk jangka waktu yang singkat, sedangkan allinase dan alliin
lainnya tetap disimpan dan tersedia untuk serangan mikrob selanjutnya.
Allicin tidak ditemui dalam bawang putih segar. Hal ini kerana
bawang putih segar terdiri dari 65% air dan hanya berisi alliin, bukan allicin.
Satu siung bawang putih segar mengandungi 6-14 mg alliin per gram. Potensi
alami allicin adalah 2.5-5.1 mcg per gram alliin. Untuk
mendapatkan allicin, bawang putih harus dicincang halus. Semakin halus
dan intensif pemotongan, semakin banyak allicin yang dihasilkan dan
semakin kuat kesannya. Allicin, yang membuat bau khas bawang putih
cincang, cepat rosak. Allicin akan rosak bila dibiarkan dalam beberapa
minit di suhu bilik atau bila dimasak terlalu lama.
Pengambilan
bawang putih mentah adalah lebih baik daripada yang telah dimasak jika
seseorang itu ingin mengambil kesempatan sepenuh daripada potensi ubat allicin.
Sebabnya ialah molekul allicin amat tidak stabil dan mudah musnah pada
peningkatan suhu.
Nilai
Kandungan Gizi Bawang Putih Mentah per 100 g (3.5 oz)
- Energi 623 kJ (149 kcal)
- Karbohidrat 33,06 g
- Gula 1.00g
- Diet serat 2,1 g
- Lemak 0,5 g
- Protein 6,39 g
- Beta-karoten 5 mg (0%)
- Thiamine (Vit. B1) 0,2 mg (15%)
- Riboflavin (Vit. B2) 0,11 mg (7%)
- Niacin (Vit. B3) 0,7 mg (5%)
- Asam pantotenat (B5) 0,596 mg (12%)
- Vitamin B6 1,235 mg (95%)
- Folat (B9 Vit.) 3 mg (1%)
- Vitamin C 31.2 mg (52%)
- Kalsium 181 mg (18%)
- Zat Besi 1,7 mg (14%)
- Magnesium 25 mg (7%)
- Fosfor 153 mg (22%)
- Kalium 401 mg (9%)
- Sodium 17 mg (1%)
- Seng 1,16 mg (12%)
- Mangan 1,672 mg
- Selenium 14.2 mg
INOVASI PEMAKANAN - selamat, berkesan, mesra alam.
Never Lose Hope...
No comments:
Post a Comment