Sistem imun umpama pasukan perubatan peribadi anda yang mahir dalam seni rawatan, sentiasa bersedia dan selalu mengambil langkah pencegahan bagi mengelak daripada sebarang krisis kesihatan. Mereka bekerja tanpa mengira penat lelah sepanjang masa supaya anda kekal sihat dan bertenaga. Mereka melawan serangan organisma asing yang mempercepatkan proses penuaan dan mendatangkan penyakit.
Adalah
sangat penting untuk memelihara sistem imun supaya ia dapat berkhidmat dengan baik untuk anda menjalani kehidupan yang lebih bahagia, sihat dan gembira.
Walau
bagaimanapun, kehidupan moden manusia lebih cenderung untuk melakukan sebaliknya. Ia memberikan
tekanan dan bukannya membantu menguatkan ‘pasukan perubatan’ anda.
Sistem
imun yang kuat adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental yang baik. Rasa
letih, sering selesema dan jangkitan lain, alergi, perubahan emosi dan tua
sebelum waktunya adalah antara tanda-tanda jelas sistem imun yang sudah lemah.
Antara
usaha-usaha untuk meningkatkan sistem imun anda adalah dengan mengetahui siapa ‘musuh-musuh’
utama mereka. Iaitu:
- Asap – seperti asap rokok, pembakaran sampah dll.
- Tekanan
- Pencemaran
- Racun serangga
- Radiasi
- Bahan kimia
- Dadah
- Bahan penambah makanan – perisa dll.
- Keseimbangan makanan yang tidak betul – terlalu manis, terlalu masin, terlalu berlemak.
- Kemalangan
- Obesiti atau kelaparan.
- Kurang keseimbangan mineral.
- Kurang keseimbangan vitamin.
- Kecacatan dari segi genetik.
- Jangkitan – Bakteria, virus, fungal, cacing dll.
- Pandangan yang negatif tentang kehidupan
- Tidak gembira dan tidak bahagia.
Dengan
mengetahui musuh-musuh utama sistem imun, membantu anda untuk meminimakan
musuh-musuh yang akan menyerang tubuh anda.
Jom tingkatkan sistem imun tubuh anda dengan Immune Booster Set daripada Shaklee.
Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.
Never Lose Hope...
No comments:
Post a Comment