Wednesday, April 16, 2014

Kekurangan Vitamin C: Punca Masalah Gusi Berdarah

Masalah gusi berdarah merupakan satu simptom penyakit yang perlu diambil berat oleh semua lapisan masyarakat. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia bakal menimbulkan masalah gusi yang lebih menyakitkan. Jangan biarkan masalah gusi anda. Pada entri kali ini, ikuti perkongsian kami tentang masalah gusi berdarah, punca, gejala dan tips menanganinya.

Masalah gusi adalah berpunca daripada bermulanya pengumpulan sisa makanan di celah-celah di antara gigi dan gusi yang boleh membuatkan terjadinya plak pada gigi lalu mengundang bakteria punca kerosakan gigi dan gusi. Plak-plak ini yang lama kelamaan bakal mengeras dan bertukar menjadi seperti batu berwarna kuning dan kelabu mampu mengundang asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah dan membengkak. Lalu terjadilah radang gusi. 

GEJALA YANG TIMBUL AKIBAT MASALAH GUSI BERDARAH: 
1) Gusi kemerahan
2) Gusi menjadi bengkak
3) Gusi kerap berdarah samada ketika menggosok gigi ataupun dalam keadaan biasa
4) Rasa gatal pada gusi
5) Terjadinya darah beku
6) Tubuh terasa lemah, otot dan sendi terasa sakit sehingga boleh menimbulkan demam dan kelesuan. 

PUNCA DAN PENYEBAB GUSI BERDARAH:
1) Kebersihan mulut yang tidak dijaga
2) Gingivitis atau radang gusi
3) Berlaku infeksi virus, bakteria atau kuman.
4) Cara menggosok gigi yang salah
5) Pemasangan gigi palsu yang tidak tepat
6) Kekurangan vitamin C dan vitamin K
7) Flossing yang tidak sesuai
8) Merokok dalam tempoh yang lama dan berterusan
9) Kehamilan atau perubahan hormon. Ianya disebut sebagai gingivitis kehamilan. Sewaktu hamil, hormon kehamilan akan meningkatkan kadar darah ke gusi dan jaringan lain dalam tubuh. Hormon kehamilan juga memberi respon normal tubuh kepada bakteria. 

KESAN GUSI BERDARAH:
1) Masalah nafas berbau akibat darah, kuman dan bakteria berkumpul menjadi satu. 
2) Punca kepada penyakit radang gusi (gingivitis)
3) Sekiranya radang gusi tidak diatasi dengan baik, boleh menjadi punca kepada masalah gusi yang lebih serius dikenali sebagai Periodontitis.

TIPS MENGATASI MASALAH GUSI BERDARAH:
1) Kurangkan pengambilan makanan yang terlalu manis
2) Hindari dari menggunakan gosok gigi yang terlalu keras. Pilih lah gosok gigi yang lembut dan berkualiti. 
3) Jangan amalkan mencungkil gigi di antara celah-celah gigi dan gusi terlalu kerap dan menjadi kebiasaan setiap kali selepas makan. 
4) Selalu menjaga kebersihan gigi.
5) Mengamalkan penggunaan pembersih gigi cecair selepas menggosok gigi bagi membuang sisa makanan di celahan gigi. 
6) Hindarkan pengambilan rokok atau tembakau yang boleh mempercepatkan kerosakan gigi anda sekaligus menyebabkan gusi menjadi hitam.
7) Amalkan pengambilan makanan yang memiliki sumber Vitamin C dan K kerana ianya sangat baik dalam pertumbuhan gigi dan enzim gigi untuk melindungi gigi dan gusi dari masalah gusi berlubang, peradangan gusi, sakit gigi dan gusi berdarah. 
8) Kerap bertemu dengan doktor gigi setiap 6 bulan sekali.

Sustained Released Vita C Plus mampu membantu mengatasi masalah gusi berdarah anda dgn pantas! Produk yang memiliki keistimewaan kandungan Bioflavonoid yang membolehkan penyerapan Vita C lebih baik dalam tubuh badan anda. Extra buat anda, tambahan gabungan produk OsteMatrix yang kaya dengan kandungan Kalsium, bagus untuk kesihatan gigi anda. Pilihan di tangan anda! Bertindak segera sebelum masalah gusi anda melarat!








Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah


COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*


No comments:

Post a Comment