Tuesday, April 15, 2014

Petua Mudah Kempiskan Perut

Perut buncit? Alahai, tak comelnya la kan perut buncit ni.. Ada spare part pulak kat depan.. Nak nak lagi kaum wanita.. Haipp siap ada yang tegur, pregnant lagi ke?  

Jom, kita ikuti beberapa tips bagaimana cara mudah untuk mengempiskan perut buncit untuk diamalkan:
1) Bersenam – Rajin buat sit up. Lebih sesuai buat di awal pagi. Ataupun korang boleh buat di waktu petang. Berskiping atau jogging pun boleh membantu mengempiskan perut.
2) Kurangkan Pemgambilan Garam – Mengambil garam yang berlebihan akan melambatkan proses pengeluaran air dari sel badan. Ini akan mengakibatkan perut menjadi kembung dan kelihatan buncit.
3) Elak Minum Air Ketika Makan – Amalan meminum air ketika memakan makanan yang berat seperti nasi, akan membuatkan perut mudah buncit. Cara yang paling elok adalah minum air setengah jam selepas makan.
4) Makan Secara Perlahan – Ketika menjamah makanan, tidak elok jika kita makan dengan cepat tanpa mengunyah dengan betul. Makanan yang lambat dicerna akan mengakibatkan perut menjadi buncit.
5) Minum Air Limau – Amalkan minum air limau setiap kali selepas makan terutamanya selepas makan makanan yang berlemak atau berminyak.

Mudah saje kan? Jom, apa kata kita amalkan sama-sama.. Moga-moga dapat perut slim lepas ni kan kan? 


Sumber:
http://ping.busuk.org/v/691869/cara-mengempiskan-perut-buncit.html

1 comment: