Alhamdulillah..Dikurniakan puteri comel yang sihat 4 tahun lalu membuatkan hati cukup-cukup gembira. Syukur di atas nikmat kurniaan rezeki daripada Allah swt ini.
Masih tergambar lagi detik-detik 4 tahun yang lalu..
Mengalami fasa alahan yang panjang, selama 3 bulan di awal kehamilan. Segala macam makanan termasuk nasi dan lauk pauk tak mampu dihidu apatah lagi untuk dijamah melalui ruang rongga anak tekak. Hanya beberapa keping biskut Cracker dan air Kopi Radix sahaja jadi santapan harian.
Collapse hampir 3 bulan, alahan dan muntah yang agak teruk. Tiada peluang ke mana-mana, hanya 'tersadai' dan mampu tebaring di rumah sahaja sepanjang alahan tersebut. Berat badan turun mendadak sebanyak hampir 5 kilo. Teruk kan?
Tak pelah, demi seorang anak ku lalui juga..
Syukur..Setelah 9 bulan dilalui, Allah gantikan dengan memudahkan kelahiran..
Pada tanggal 18 September 2010, dimulai dengan air ketuban pecah jam 7 petang, tetapi masih lagi tiada rasa sakit untuk melahirkan. Jam 8.15 malam bergegas menuju ke Hospital Sungai Buloh dan bukaan ketika itu 3 cm. Jam 9.30 malam masih belum rasai contruction. Biasa-biasa saja. Jam 11.10 malam ditolak masuk ke labour room, kesakitan yang teramat sangat mulai terasa..
Mulai jam 12.30 tengah malam, bertarung dengan saat yang paling penting dalam hidup.. Saat melahirkan si kecil Nur Hanan.
Alhamdulillah, tepat jam 1.01 pagi, tanggal 19 September 2010, maka lahirlah puteri comel yang diberi nama Nur Hanan binti Mohamad Hasbullah secara normal. Syukur..Kalimah syukur yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila diberikan kemudahan oleh Allah saat kelahiran tersebut. Syukur ya Allah..Sangat mudah proses kelahiran Nur Hanan..
Kini.. 4 tahun saat itu telah berlalu. Alhamdulillah, kini Nur Hanan semakin bijak, petah berkata-kata, cepat belajar dan mudah mendengar kata..
Kini.. 4 tahun saat itu telah berlalu. Alhamdulillah, kini Nur Hanan semakin bijak, petah berkata-kata, cepat belajar dan mudah mendengar kata..
Syukur di atas nikmatMu yang tidak terhingga. Nikmat yang tidak dapat dibayar dengan apa jua nilai wang ringgit sekalipun..
No comments:
Post a Comment