Saturday, September 27, 2014

5 Rahsia Awet Muda untuk "Hot Mama" SIRI 1

Awet muda? Sebut pasal awet muda ni, wanita mana yang tidak teruja bukan? Wanita mana yang tidak mahu sentiasa kelihatan cantik dan awet muda biarpun ketika usia 50 tahun. Tetapi, bagaimanakah yang harus anda amalkan supaya sentiasa kelihatan muda dan sihat bermula sekarang sehingga usia emas nanti? Apakah amalan harian yang perlu diamalkan. InsyaAllah hari ini, saya Pengedar Shaklee Klang anda akan berkongsi bersama anda 20 rahsia awet muda untuk "Hot Mama".

Saya ingin berkongsi bersama anda 20 Rahsia Awet Muda "Hot Mama". Namun, untuk entri kali ini, saya akan kongsikan 5 daripadanya sahaja. Nantikan 15 lagi  rahsia untuk entri akan datang pula yer..

Antara rahsia yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:

1) Banyakkan makan buah dan sayur

Kandungan vitamin C dan beta karotena yang terdapat dalam buah dan sayuran sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah. Kedua-dua sumber ini berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas menjadi berpotensi menjadi punca kepada serangan kanser. Pastikan anda memasak sayur dalam tempoh yang sekejap supaya zat pada sayuran tidak hilang. Andai anda seorang yang sukar untuk menjadikan sayuran dan buahan sebagai habit makanan harian, anda boleh mengamalkan pengambilan supplement tambahan vitamin C.

10 Rahsia Awet Muda hot Mama
Buah-buahan segar yang kaya dengan khasiat untuk kulit wajah
2) Amal ulam-ulaman

Ulam-ulaman kaya dengan kandungan galian seperti kalsium, galian seperti fosforus, zat besi, natrium. kalium. Selain itu, ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Malah, ia turut mempunyai anti-bakteria dan bertindak sebagai antioksidan.

rahsia awet muda hot mama
Ulam-ulaman segar yang memberi kesihatan dalaman dan luaran
3) Ambil Vitamin C


Sumber vitamin C boleh diperolehi melalui pengambilan buah-buahan segar terutamanya oren, sayur-sayuran hijau seperti brokoli atau supplemen sebanyak 1000 mg sehari. Awas! Berhati-hati dengan dos pengambilan vitamin C. Pengambilan vitamin C juga terbukti meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko kanser dan melindungi tubuh daripada radikal bebas. Vitamin C Shaklee memenuhi ciri yang diperlukan tubuh badan anda serta mengandungi bioflavonoid yang membantu penyerapan maksimum vitamin C dalam tubuh serta memiliki fungsi Sustained Released (Pelepasan secara perlahan-lahan di dalam tubuh) 

Rahsia awet muda hot mama
Buah oren merupakan salah satu sumber vitamin C yang tinggi
4) Jaga Kesihatan Kulit

Retinoids dapat mengurangkan kedutan. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi retinoids seperti lobak merah. Menerusi cara ini, ia dapat membantu pH permukaan kulit seimbang dan mengurangkan tahap keasidannya. Selain itu, coklat juga dapat membantu memperbaiki tekstur, ketebalan, kadar air, dan aliran darah kulit anda. 

Rahsia awet muda
Khasiat coklat yang dapat memperbaiki tekstur kulit

5) Ambil makanan antioksidan

Antioksidan merupakan makanan anti penuaan. Semua jenis makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan. Antaranya tomato dan brokoli. Oleh itu, anda disarankan mengambil lima jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari. 

Rahsia awet muda
Khasiat tomato sebagai antipenuaan

Ok, setakat ini sahaja 5 rahsia awet muda untuk hot Mama. Stay tuned untuk 15 lagi rahsia okey..^_^



Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope..

3 comments:

  1. Sayur dan ulam-ulaman tu memang kegemaran akak... Tak lengkap makan nasi kalau takde sayur-sayuran...Tq dear for sharing this info...

    ReplyDelete
  2. Petua saya pula pagi-pagi minum air masak lepas bangun tidur... thanks sharing ;)

    ReplyDelete