Jerawat
merupakan masalah besar bagi mereka yang menjaga penampilan. Kemunculan jerawat
menyebabkan seseorang itu kurang yakin dengan diri. Jerawat berpunca daripada
hormon yang dipanggil androgen yang berfungsi meningkat minyak yang dihasilkan
oleh kulit, menyebarkannya di dalam darah mereka. Namun terdapat juga
faktor-faktor lain yang menyebabkan timbulnya jerawat seperti faktor genetik,
tekanan, pendedahan keterlaluan kepada cahaya matahari, pil perancang dan
sesetengah alat solek. Entri kali ini, saya ingin berkongsi mengenai bagaimana
mencegah dan mengatasi jerawat secara ringkas.
Mencegah
dan Mengatasi Masalah Jerawat
Bagi
mereka yang kulit mukanya masih lagi bersih dan cantik, saya cadangkan beberapa
langkah berikut untuk anda kekal menawan:
#1.
Pastikan anda minum banyak air mineral atau air kosong sekurang-kurangnya 2
liter satu hari. Mudah bukan. Ia bertujuan untuk mengeluarkan toksin dalam
badan.
#2.
Makan makanan yang berkhasiat untuk kecantikan kulit terutamanya Vitamin C yang
membantu membentuk kolagen seperti oren, strawberi, kiwi, brokoli dan tomato. Tambahkan
juga makanan yang kaya dengan Vitamin E.
#3.
Untuk anda yang memakai alat solek, pastikan kulit muka dicuci dan dibersihkan daripada
sebarang sisa solekan sebelum masuk tidur. Pastikan kulit muka juga dibersihkan
sebelum mencuci muka dengan sebarang jenis pencuci dan pastikan juga kulit anda
benar-benar kering sebelum menyapu sebarang jenis krim penjagaan kulit.
#4.
Jika anda menggunakan krim pencegah jerawat, jauhkan kulit anda daripada sentiasa
terkena pancaran cahaya matahari. Ubat atau krim jerawat boleh menyebabkan
reaksi atau alahan pada kulit.
#5.
Pastikan anda tidur dengan cukup.
Berikut
pula beberapa tindakan yang boleh anda lakukan apabila jerawat timbul di muka
anda:
#1.
Tukar alat solek yang berasaskan minyak. Kulit memang sudah menghasilkan minyak
secara semula jadi. Minyak yang semakin banyak di tambah pula dengan debu akan
memudahkan bakteria untuk terus hidup.
#2.
Bersihkan sisa solekan setiap malam sebelum anda tidur.
#3.
Gunakan bahan-bahan semula jadi untuk mengatasi jerawat seperti menyapu madu,
kulit kayu manis atau mana-mana petua orang lama yang sesuai dengan anda.
#4.
Biarkan benjolan jerawat. Anda tidak seharusnya memicit jerawat atau
bintik-bintik putih di muka anda. Biarkan sahaja kerana jika anda memicitnya,
ia akan menyebabkan infeksi. Memicit bintik-bintik putih akan memecahkan
dinding pori-pori, membenarkan kandungannya mengalir ke atas kulit dan
menyebabkan sebutir lagi jerawat akan timbul.
#5. Gunakan pencuci muka
dan alat kosmetik yang selamat. Ketika anda memilih pencuci muka, cuba hindari
produk-produk yang mengandungi lanolin, isopropyl miristat, paraben, natrium laurel
sulfat, laureth-4, Phthalates, Triclosan, PEG’s dan Proplene Glycol. Bahan-bahan
ini boleh menambahkan lagi masalah kepada kulit muka anda.
=========
Anda mempunyai masalah untuk
mendapat makanan terbaik atau nutrisi untuk penjagaan kulit??!!
Anda sukar untuk mendapatkan
produk penjagaan muka yang selamat, bebas daripada bahan kimia, selamat dan
berkesan???!!!
Jangan risau.. Kami akan
bantu anda untuk menyelesaikan masalah anda.
Hubungi kami untuk kami
berkongsi apa yang telah kami alami dengan produk yang selamat, semula jadi dan
berkesan.
=========
Salam
ukhuwah,
Ummu
Hanan
Never Lose Hope..
Hubungi kami,
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan
pengeposan seluruh Malaysia..
emel : nur_kids@yahoo.com.my
sms/whatsapp : 019-3405054
ID Shaklee: 946651
No comments:
Post a Comment