Monday, September 1, 2014

6 Tips Pemilihan Pakaian Bayi ketika Menyambut Kelahiran


Mungkin ada di kalangan anda yang baru pertama kali menyambut kelahiran? Masih tercari-cari keperluan yang perlu anda sediakan ketika menyambut kelahiran? 


Tidak dinafikan, saat menyediakan persiapan dan kelengkapan bayi merupakan saat yang terindah bagi setiap ibubapa dalam menyambut kelahiran si kecil yang dinantikan..


Hari ini, saya ingin kongsikan bersama anda beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda ketika memilih persiapan pakaian si kecil anda sebelum hari kelahiran..
Saya yakin dan percaya, anda pasti teruja pabila melihat keperluan bayi di depan mata. Rambang mata bukan dengan semua kelengkapan bayi? Comel-comel belaka! Apatah lagi baju-baju comel..


Berikut merupakan pakaian asas yang perlu anda sediakan ketika menyambut kelahiran:
* Baju lengan pendek         * Baju lengan panjang
* Seluar pendek                  * Seluar panjang
* Barut                                * Bedung
* Sarung tangan                  * Sarung kaki
* Topi

Tak sabar-sabar nak tahu berkaitan tips pemilihan pakaian ini? 
Jom teruskan bacaan anda..

Antara tips pemilihan pakaian bayi yang perlu anda titikberatkan adalah seperti berikut:

Tips pemilihan pakaian bayi
1) Pakaian yang sesuai untuk dwi-seks jantina


Pada pandangan saya, adalah sebaiknya anda membeli pakaian bayi yang boleh dikenakan oleh kedua-dua jantina samada lelaki mahupun perempuan. Bagaimana contohnya? Anda mungkin boleh memilih warna seperti putih, cream, hijau, purple, orange kerana kesemua warna ini sesuai untuk jantina lelaki mahupun perempuan.

Kenapa saya berpandangan sebegini? Ini kerana pada pandangan saya, ianya merupakan jalan yang paling selamat untuk mengelakkan anda membeli terlalu banyak pakaian berwarna pink sebagai contoh sedangkan anda masih belum mengetahui jantina sebenar bayi biarpun anda telah melakukan SCAN! Segalanya di tangan Allah.. Bagaimana sekiranya pilihan pakaian kesemuanya pink, tetapi bayi anda yang lahir lelaki? Sukar bukan? Anda mungkin terpaksa membuat belian sebanyak 2 kali!

2) Pilih saiz pakaian yang lebih besar sedikit dari usia bayi

Pilihlah saiz pakaian yang lebih besar sedikit dari usia bayi. Jangan membeli terlalu banyak pakaian yang mengikut usia bayi. Sebagai contoh, anda mungkin boleh memilih saiz pakaian 3/4 bulan kerana anda masih belum mengetahui saiz bayi anda. Ditambah pula, pada kebiasaannya bayi anda berkemungkinan cepat membesar dan dapat mengelakkan daripada anda terpaksa membuat belian dalam jarak masa yang singkat. Amat rugi seandainya pakaian tersebut hanya dapat dipakai pada kadar waktu yang singkat. Tapi Awas! Jangan keterlaluan besar pulak!

Tips pemilihan pakaian bayi3) Pilih pakaian yang mempunyai butang di hadapan

Bagi ibu-ibu muda atau pertama kali menimang cahaya mata, saya sarankan anda membeli baju yang berbutang di bahagian hadapan di awal kelahiran ini. Elakkan membeli baju tanpa butang. Kenapa ianya penting? Tanpa anda sedari sebenarnya baju yang mempunyai butang di hadapan dapat membantu memudahkan tugas anda ketika menukar baju bayi. Sementelah juga tulang bayi yang masih lembut dan sedikit sukar sekiranya anda memilih pakaian jenis sarung.

4) Pilih pakaian daripada fabrik yang lembut dan selesa

Pemilihan pakaian daripada fabrik yang lembut dan selesa perlu dititiberatkan oleh ibubapa. Ibubapa haruslah menitikberatkan faktor ini setiap kali memilih pakaian ubtuk anak-anak selain daripada kecantikan rekaan pakaian tersebut. Pakaian yang lembut dan selesa mampu membuatkan hari bayi anda menjadi lebih selesa serta mengelakkan ruam dan kepanasan. 

Menyediakan kelengkapan kelahiran5) Elakkan membeli pakaian yang terlalu sarat aksesori ketika usia bayi masih di peringkat awal

Elakkan membeli pakaian seperti gaun, seluar denim, seluar jeans ketika awal kelahiran. Tunggu sehingga bayi anda membesar sedikit atau mungkin selepas 6 bulan dan ke atas. Sabar dulu! Masanya pasti akan tiba jua..

6) Pilih pakaian yang berkualiti mengikut kemampuan anda

Pilihlah pakaian bayi yang berkualiti biarpun anda turut menitikberatkan mengenai harga. Jangan mudah terpedaya dengan tawalan "Sale" sehingga anda mengabaikan kualiti fabrik pakaian bayi anda.  

AWAS!!! Belanja keperluan bayi anda mengikut kemampuan masing-masing. Jangan membazir!!!

Semoga perkongsian ini serba sedikit dapat membantu anda memilih pakaian bayi anda dengan lebih bijak..

Ingat.. Jangan terlalu rambang mata tau pilih pakaian bayi! ^_^

*Anda mungkin juga mempunyai tambahan tips lain? Jom sharing tips anda yang mungkin berguna buat semua ibu-ibu di luar sana..


Salam Sayang, 
Ummu Hanan

Never Lose Hope...


3 comments:

  1. thanks for the info.....sangat berguna sekali...
    http://bit.ly/1CiBWvt

    ReplyDelete
  2. pemilihan baju bayi amat penting supaya bayi selesa dengan apa yang dipakai

    ReplyDelete