Minum air kosong sangat bermanfaat untuk badan
terutamanya untuk membuang toksin.
Tahukah anda bahawa dengan membuat sedikit inovasi,
kita akan dapat menjadikan minuman yang kita minum tersebut memberikan kita
manfaat yang lebih seperti melancarkan sistem pencernaan, sistem imun,
melancarkan darah dan lain-lain manfaat kesihatan.
Sebelum itu, saya ingin
berkongsi serba sedikit apa yang telah dilakukan oleh seorang daripada sahabat
Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam.
Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d al-Sa’idi, beliau menceritakan: “Abu Usayd al-Sa’idi telah menjemput baginda untuk kenduri perkahwinannya. Pada hari tersebut, mereka dilayani oleh isteri Usaid sedang ia ketika itu adalah pengantin perempuan. Isteri Usaid berkata: “Tahukah kamu semua, air apakah yang aku hidangkan untuk Rasulullah? Aku telah hidangkan untuk baginda air rendaman buah tamar yang aku biarkan semalaman di dalam bekas minuman.” (HR al-Bukhari).
Air rendaman buah-buahan dan sayuran mempunyai banyak
manfaat kesihatan.
Di sini saya ingin kongsikan bersama beberapa cadangan
hidangan yang boleh kita lakukan di rumah untuk faedah kesihatan yang telah saya kumpulkan
Pastikan
juga, air itu tidak dicampur dengan gula agar rasanya semula jadi.
Biasanya penyediaan akan
dibuat pada malam hari dan keesokannya kita sudah boleh menikmatinya dengan
enak.
Minuman ini kebanyakannya bertujuan untuk memaksimumkan proses detoksifikasi dengan menyingkirkan toksin yang menyebabkan banyak penyakit.
Biarlah gambar berbicara.
Timun, Lemon dan Mint. |
Pelbagai cadangan hidangan. Kredit: www.trusper.com |
Kredit: style-sauce.com |
Strawberi+ Tembikai + Rosemary. kredit: bembu.com |
Epal. Kredit: beautytips4her.com |
Mungkin banyak lagi yang boleh kita cuba.
Selamat mencuba.
Salam Sayang.
UMMU HANAN.
Never Lose Hope...
terima kasih untuk info yang menarik
ReplyDeletejemput berblogwalking ke link sy
http://bit.ly/1qCfvwk