Sebagai umat Nabi Muhammad salla allah alayh wa
sallam, kita dianjurkan untuk melakukan apa yang dianjurkan oleh baginda dalam
segenap aspek kehidupan kita.
Di dalam aspek pemakanan kesihatan, terdapat berbagai-bagai
panduan yang diajar oleh baginda dan sebahagiannya telah dilupakan dan tidak
disampaikan terutamanya pada generasi sekarang.
Faktor geografi juga menjadikan kita kurang terdedah
dengan beberapa galakan Nabi yang mungkin susah untuk kita peroleh di Tanah Melayu
ini. Namun pada zaman kini, ia tidak mustahil untuk kita mencari keberkatan di
sebalik amalan Nabi yang membawa rahmat dengan adanya kemajuan teknologi yang
pelbagai.
Antara makanan yang dianjurkan oleh Nabi adalah
Talbinah. Mungkin ia biasa di Tanah Arab seumpama nasi Arab yang pelbagai jenis
yang sudah semakin popular di Malaysia. Mungkin sebahagian daripada kita yang
pernah berkunjung ke Makkah, pernah mendengar, melihat atau pun makan makanan
ini.
Entri kali ini, penulis ingin memperkenalkan Talbinah
walaupun penulis tidak pernah menjamahnya, tapi moga ada keberkatan di atas
perkongsian ini.
Talbinah Pengubat Kedukaan.
Terdapat hadith yang menceritakan tentang Talbinah
seperti berikut:
Urwah menceritakan Saidatina ‘Aishah menyuruh agar dijamukan Talbinah kepada orang sakit dan orang yang dalam kesedihan kerana kecelakaan. Ia berkata: aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “sesungguhnya Talbinah menenteramkan hati orang sakit dan menghilangkan sebahagian kedukacitaan.”
Talbinah ialah sup atau bubur daripada tepung barli
yang dikisar bersama brannya. Bran ialah kulit luar isi barli, jagung, beras. Gandum
dan bijiran lain. Bran biasanya diasingkan daripada isi semasa mengilang. Bran mempunyai
kandungan serat yang tinggi dan mengandungi zat besi, niasin dan vitamin B
alin, fosforus, protein dan kanji.
Talbinah dimasak melalui barli yang dikisar atau
tepung barli bukan bijirin barli. Dipanggil dengan Talbinah kerana warnanya putih
dan keadaannya cair menyerupai susu. Kadang-kadang dicampur madu.
Di dalam hadith lain, Saidatina Aishah menceritakan
apabila diberitahu kepada Rasulullah ada seseorang sedang sakit dan tidak
selera makan, baginda akan berkata:
“Hendaklah kamu memberinya Talbinah. Berikan agar ia menghirupnya. Demi Allah yang diriku berada di tangan Nya, sesungguhnya talbinah iu membersihkan perut seseorang kamu sebagaimana seseorang kamu membersihkan wajahnya daripada kekotoran. (HR Ahmad).
Talbinah adalah makanan yang lembut dan mudah dihadamkan
kerana itu talbinah amat sesuai dengan orang yang sedang sakit atau dalam
kedukaan. Begitu juga orang yang menghidap demam, kurang selera makan atau yang
menghadapai masalah penghadaman.
Mengenai khasiatnya, ibn Tarkhan berkata: Jika kamu
hendak mengkaji manfaat talbinah, kajilah manfaat air barli itu sendiri.
Barli ialah sejenis bijirin yang hampir menyerupai
gandum. Barli dikatakan bahan makanan paling awal yang dikenali manusia sejak
zaman lampau. Suatu ketika dulu, tepung barli merupakan bahan utama untuk
pembuatan roti hingga kurun ke 16M. kemudian beralih kepada tepung gandum
kerana kandungan glutennya yang lebih tinggi menjadikan ia sesuai untuk dibuat
roti.
Dari segi pengubatan, barli bermanfaat untuk mengubati
penyakit-penyakit yang berkaitan dengan dada (seperti batuk kering dan selesema
yang berlarutan0, lemah hati, tumbesaran yang lambat bagi kanak-kanak,
kelemahan pada perut dan usus, kelemahan rembesan cecair hempedu, berlaku
peradangan pada usus, cirit birit, disenteri, typhoid, peradangan pundi kencing
dan buah pinggang, meredakan demam dam masalah tekanan darah.
Rujukan: 101
Hadis Pengubatan Rasulullah oleh Ahmad Adnan Fadzil.
Kandungan Talbinah dan fungsinya.
- Mengandungi zat betaglucan : berfungsi menurunkan
kadar kolestrol dalam darah.
- Mengandungi Vitamin E : melemahkan enzim-enzim yang
mensintesis kolesterol.
- Mengandungi Potassium : berfungsi mengendalikan
tekanan darah.
- Mengandungi Potassium, Magnesium, antioksidan dan
vitamin B. Kekurangan zat-zat ini dalam tubuh menyebabkan kekurangan mineral.
Para ilmuan moden mengatakan bahawa penyakit-penyakit kejiwaan, depresi, dan
sebagainya merupakan akibat kekurangan mineral tertentu.
- Mengandungi Melatonin : berfungsi menurunkan
kolesterol, tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan kekebalan tubuh,
mengubati gangguan tidur, kanser dan depresi (tekanan)
- Mengandungi Lysine : berfungsi membangun kesihatan
tubuh.
- Mengandungi hormon Prostaglofuin, iaitu hormon yang
menyebabkan tidur, dengan demikian Talbinan mencegah terjadinya insomnia.
Kredit: ustazuwais.com
Jangan Lupa Amalkan Sunnah.
Semoga perkongsian ini memberikan info dan kesedaran
agar kita mencintai apa yang Nabi sukai sekalipun kita tidak mampu untuk
mengamalkannya.
Sebarkanlah apa yang dibawa dan dianjurkan oleh Nabi.
Sekurang-kurangnya generasi kemudian tidak melupakan sunnah baginda.
UMMU HANAN
No comments:
Post a Comment